Geng Bas Sekolah

February 10, 2010

Ilustrasi Ciptaan Pakatan









Semua ini gambar ciptaan blogger Pakatan

Ini semua ilustrasi ciptaan blogger Pakatan. Sejak DS Najib menjadi PM, begitu banyak tuduhan buruk dilemparkan. Tetapi adakah beliau mengambil hati dengan kelakuan buruk mereka?

Dengan jawatan sebagai PM, mudah saja kalau beliau mahu tetapi tiada satupun diambil tindakan. Kerana beliau faham ini semua permainan politik kotor. Politik berminda sempit. Dan tak ada guna melayan orang orang sebegini.

Baginya, kebenaran tetap akan tertegak jua. Walaupun berpuluh fitnah beliau dikaitkan dengan Altantuya, namun Allah s.w.t itu maha besar. Tiada satupun fitnah itu yang benar. Malah Allah s.w.t dah tunjukkan kebenaran. Tiada langsung bukti mengaitkan beliau mengenali Altantuya.

Ini baru DS Najib. Belum lagi fitnah dan gambaran buruk yang diberikan kepada Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Orang Pakatan masih belum mahu insaf dengan pelbagai masalah yang melanda mereka.

Aku tak kisah Nik Aziz nak report polis pasal gambarnya. Tetapi sebagai seorang yang dikatakan berilmu agama, sepatutnya beliau lebih banyak bersabar dan bersikap matang. Inilah asam garam politik. Kalau tak tahan, jangan masuk politik.

Jika tak suka orang buat gambarnya, dia sepatutnya menasihati pengikutnya supaya tidak membuat gambar orang sebegitu. Hidup ini ada hukum karma. What you give, you get back. Kalau tak kena pada diri, mungkin akan kena pada anak cucu sendiri.

Gambar dari blog Abg Tuah

2 comments:

WARIS PAHANG said...

Fitnah terlalu banyak dalam harakah, inikah yang dikatakan dakwah?.

Jeepers Creepers said...

bagi mereka fitnah itu adalah dakwah. kalau orang percaya pada fitnah mereka, mereka rasa dakwah mereka sudah berjaya.