Geng Bas Sekolah

February 11, 2010

Nuklear Iran Pulang Ke Tehran

Sudah tonton cerita Lembing Awang Pulang Ke dayang? Best juga cerita tu tapi jalan cerita agak berlainan dari asal. Tak tahu kenapa lain, mungkin sebab nak tarik market.

Iran sudah mula memperkayakan uraniumnya sehingga 20% kelmarin. Pada masa yang sama, Israel, Amerika dan Britain mula mempersiapkan anagkatan tenteranya untuk menyerang Iran. Walaupun Presiden baru Amerika, Barrack Obama menyatakan beliau menyokong keamanan dunia dan menolak peperangan, namun beliau masih terikat kepada golongan pro yahudi didalam pentadbirannya.


Begitu jugalah yang menimpa bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin. Walaupun beliau orang PAS dan berbangsa melayu. Tetapi beliau tidak dapat mengelakkan diri dari digunapakai oleh DAP.

Iran diancam oleh negara kafir manakala Malaysia diancam oleh pelampau Pakatan. Negara kafir tidak senang dengan kemajuan teknologi nuklear Iran dan bimbang negara Israel diancam, begitu jugalah dengan pelampau Pakatan.


Mereka tidak senang dengan kemajuan dan kemakmuran negara yang ditadbir oleh kerajaan BN khususnya UMNO. Malah salah seorang pemimpinnya bercita cita menjadi PM dengan taktik kotor.

Namun Allah s.w.t itu Maha Besar. Niat jahatnya telah gagal. Begitu jugalah harapnya kepada Iran. Semoga Allah s.w.t melindungi Iran dari diceroboh dan dihina oleh negara barat seperti mana Afganistan dan Iraq.

Satu pengajaran paling jelas boleh dipelajari dari Afganistan dan Iraq. Rakyatnya tidak bersatu. Selagi tidak bersatu, selagi itulah mereka akan terus dipermainkan oleh negara barat. Begitu jugalah dengan Malaysia. Jikalau rakyat Malaysia tidak bersatu dan sering berbalah, maka mudahlah musuh durjana menghuru harakan negara ini.



Oleh itu rakyat Malaysia diminta bersatu dan berdiri teguh dibawah satu kerajaan. Tolak lah semua anasir anasir jahat yang menghasut rakyat untuk melakukan demostrasi demi survival politik segelintir individu.


Buatlah Keputusan Bijak Demi Anak Cucu Kita

Tiada gunanya kita mengadaikan negara hanya untuk kepentingan politik pihak tertentu. Apa yang kita dapat sekiranya negara ini terus bergolak antara kaum dan agama? Hanya kesengsaraan dan kemusnahan.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua....

No comments: