Geng Bas Sekolah

January 21, 2010

MyKad Selamat Atau Tidak

Kerajaan sekarang mahu menggunakan MyKad (nom ic) didalam semua urusan kerajaan. Syabas aku ucapkan. Tetapi adakah MyKad sudah mempunyai ciri ciri keselamatan yang kukuh? Masih bolehkan individu tertentu menyalahgunakan MyKad (nom ic) orang lain didalam urusan kerajaan?

Banyak persoalan yang belum terjawap. Masih ada kes MyKad hilang sehingga digunakan oleh pihak lain. Malah mampu membuat pinjaman bank dan juga menerima surat saman. Tak semena mena tuan asal yang menerima masalah.



Malah ada kes yang membabitkan perkahwinan dimana ada orang menggunakan MyKad orang lain untuk berkahwin. Sehinggalah perkahwinan itu didaftarkan barulah mereka menyedari ada kesilapan.

Aku masih ingat dahulu, semasa MyKad dilancarkan. Ada menteri yang memberi jaminan bahawa MyKad ini tidak boleh dipalsukan. Tetapi kini sudah ada PATI yang mempunyai MyKad. Dimana silapnya?

Sejak dilancarkan sehingga akhir 2008 misalnya, sebanyak 2,784 kes pemalsuan MyKad telah didakwa di mahkamah. Jumlah itu adalah sesuatu yang besar bagi sebuah aplikasi yang memberi pengiktirafan yang sah kepada seseorang sebagai warganegara.

Aku rasa kerajaan masih belum benar benar bersedia boleh menggunakan MyKad sebagai medium untuk semua urusan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih banyak sistem keselamatan yang perlu dipertingkatkan.

Apatah lagi laporan kehilangan MyKad juga adalah tinggi. Sebagai perbandingan, sehingga 2007 sahaja, lebih 2.7 juta MyKad dilaporkan hilang sejak dokumen itu diperkenalkan. Lebih 1,000 kad pengenalan bermutu tinggi itu juga dilaporkan setiap hari membayangkan betapa berisikonya sekiranya data-data di dalam MyKad tidak dilindungi dengan sewajarnya.

Jangan kerana mahu menyenangkan sesuatu pihak, akan ada pihak lain yang akan menerima kesusahan. Aku tidak mahu akan ada masalah lain yang lebih rumit apabila MyKad digunakan tanpa sebarang sistem keselamatan yang elok. Dan akhirnya akan menyusahkan dan merugikan rakyat kebanyakkan.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kerajaan perlu lebih meningkatkan mutu keselamatan Mykad......

Pak Lah said...

UMNO lah puncanya kerana mudah nak palsukan daftar undi. Hehehe!....

Jeepers Creepers said...

masalah kerajaan adalah cakap tak serupa bikin.

semua benda nak buat tetapi tak buat dulu kajian, masalah yang mungkin dihadapi dan keadaan semasa.

main hentam koromo je. janji rakyat nampak mereka buat kerja. itu je yang mereka pk..

carlos said...

pemalsuan mykad tidak boleh dilakukan dengan cara meniru pembuatan mykad 100% macam KPP(ic plastik) KPT(ic laminate 1990-1999)..

Kes kes pemalsuan mykad setakat ini adalah dengan mengambil ic original dan memadam cetakan ink hitam (no ic/nama/ alamat) serta gambar dan mencetak maklumat baru atas Mykad yang dah di clear kan tu.

menteri tu cakap tak habis, mmg patut diperincikan sebegitu, kerana setakat ini tiada lagi mykad 100% tiruan.