Ahli Panel;
Datuk Mohktar Shafie
Datuk Murtadza Syeikh Ahmad (Mantan Mufti Negeri 9)
Dr Abdul Manam Mohamad (UDM)
Dr Fakhrulnaim
Dr Uthman El Muhamady
Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)
Menjawab dakwaan mufti kerajaan negeri selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid melalui sidang media dan laporan akhbar tempatan pada 20 jan 2010.( Berita Harian & Sinar Harian)
1. Tajuk berita “Tarikat Ismailiyyah kelirukan akidah” Berita Harian ms:6, ruang 1
Merujuk kepada tajuk berita ini pihak MNI ingin menafikan secara tegas bahawa MNI tidak mengamalkan dan terikat dengan mana-mana tarikat, sebaliknya MNI mengamal Aurad Ismailiyyah yakni mengasuh ummah supaya beramal dan berzikir mengikut susunan tok guru ismail. Oleh itu, para pengikut aurad ini terdiri dari pelbagai golongan yang mana mereka bebas untuk beramal dan berzikir pada sebarang waktu dan tempat.
2. Perenggan 1,” masih boleh mengelirukan akidah umat Islam”
Melalui kenyataan ini, MNI ingin menegaskan bahawa unsur akidah yang asas adalah kalimah syahadah, justeru itu pihak MNI tidak pernah mengeluarkan sebarang ajaran untuk mengajar ummah menerima tuhan selain Allah S.W.T. dan menolak Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasulullah . Maka kekeliruan yang dimaksudkan oleh pihak MAIS adalah disanggah dengan sekerasnya..
3. Perenggan 4;” berkaitan amalan kebatinan tarikat itu seperti kuasa ghaib”
Adalah amat malang sekali kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang mufti kerana kuasa ghaib bukanlah satu amalan kebatinan, sebaliknya adalah karamah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang dipilih olehnya.
Oleh itu, apabila dikatakan amalan kebatinan maka sudah tentu ianya adalah satu perbuatan kerja yang dilakukan secara berulang dan tetap, maka disinilah kedengkilan ilmu yang dipamerkan oleh mufti dalam mengistilahkan amalan kebatinan dan karamah anugerah Allah S.W.T..
Kita semua sedia maklum, kisah saidina Umar al Khattab memberi arahan perang kedada tentera Islam yang dipimpin oleh Saidina Khalid Al Walid, sedangkan Khalifah Umar sedang membaca khutbah di Madinah. Apakah peristiwa ini kita nak katakan wahyu/ suara ketuhanan ?
4. Perenggan 5; “ adab berbicara juga tidak diberi keutamaan”
Dalam kenyataan ini jelas sekali lagi menampak pihak mufti dan ahli panel MAIS berada dalam keadaan yang cukup daif, sesungguhnya adab berbicara yang ditonjolkan oleh tuan guru adalah sikap tegas beliau dalam mendepani para ilmuan Islam pentadbir agama yang menjadi tukang juak ampu kepada para pemimpin negara yang penuh dengan kemaksiatan akidah dan gejala kesongsangan akhlak generasi hari ini.
Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.
Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah S.W.T
Sesungguhnya ketegasan suara dan sikap ini telah diputar belitkan oleh ahli panel.
Sebagaimana dari awal bicara, tuan guru telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau dilatih untuk tidak tunduk kepada kemahuan mahkluk manusia sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada perintah Allah S.W.T
Sekali lagi jika kita menyingkap karakter saidina umar al khattab yang mempunyai sikap dan pendirian yang tegas dikalangan para sahabat, maka apakah kita nak melabelkan khalifah ini kurang adab?
Manakala, kisah dan pengalaman sheikh abdul qadir jailani, juga jelas mempamerkan sikap tegasnya dalam berdepan dengan para pendukung pemimpin kerajaan yang menolak keadilan hukum Islam.( kisah bersama 40 orang pemimpin)
5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”
Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu? Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.
6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”
5. Perenggan 6; “ ketua tarikat tidak mempunyai neraca yang digunakan sebagai kayu ukur mengenai keesahan berkaitan kerohanian”
Adalah menjadi kebodohan yang nyata bagi ahli panel yang mengutara persoalan ini? Kerana jawapan tuan guru adalah mencapai ketenangan setelah beramal dengan aurad ini. Jika diminta pengesahannya , apakah manusia mampu menafsirkan tahap khusyuknya dalam ibadah, dan dapatkan pengesahan dari individu lain atau MAIS tentukan taraf khusyuk itu? Maka, jelaslah ahli panel terlalu daif, dan tak perlu dilayan soalannya.
6. Perenggan 8; “ pengasas tarikat itu pernah mendakwa menerima wahyu dari langit”
Sesungguhnya kenyataan ini amat tragis sekali, kerana tuan guru tidak pernah mendakwa menerima sebarang wahyu.
Maka, MNI mencabar pihak mufti dan ahli panel sebutkan atau buktikan ayat atau surah yang diterbitkan, ditambahkan dalam al quran untuk dijadikan sandaran tuduhan ini.
Maka kami ingin mendakwa bahawa ini adalah fitnah !! ( tindakan mahkamah boleh dipertimbangkan) minta rakaman muzakarah sebagai bukti bahawaisu wahyu langsung tidak dibincangkan dan disebut.
7. “mendakwa pernah menjadi penasihat agama kepada beberapa pemimpin negara dan luar negara tanpa disandarkan kepada bukti.”
Kebimbangan pihak MAIS dan ahli panel jelas terbukti, apabila kenyataan ini diutarakan, ianya harus di buktikan melalui lantikan watikah bertulis.
Maka sukacita MNI ingin memaklumkan bahawa segala nasihat dan pandangan diberikan kepada para pempimpin ini adalah secara mesra ummah dan percuma tanpa menerima apa-apa bayaran elaun bulanan atau saguhati. Ianya lebih bersifat atas kaedah dakwah iaitu bahawa agama itu adalah nasihat.
Maka, buktinya secara lantikan ini sememangnya tiada diterima dari mana kerajaan pun, namun ianya dapat dilihat melalui pengiktirafan kunjungan dan sambutan hormat dari para pemimpin negara dan agama dari dalam dan luar negara.
8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”.
8. Ruang 3 perenggan 2; “ mendakwa bahawa beliau telah sudah bertapa di sebuah hutan di kedah selain mendakwa turut berkawan dengan ular, singa dan harimau ketika bertapa di situ”.
ni satu lagi kenyataan yang cukup dangkal dan mengelirukan dan mempunyai niat hasad untuk memperlekeh usaha tuan guru, sedarlah bahwa usaha beruzlah yang dilakukan oleh tuan guru adalah untuk melatih diri supaya tidak tunduk dan takut kepada mahkluk ciptaan Allah S.W.T. dan bukannya seperti dakwaan hidup berkawan dengan binatang ganas dan buas ini. Malahan adalah tidak tepat sama sekali di hutan malaysia ini terdapat singa, kerana habitat singa bukannya di hutan tropika. Secara tabii ular dan harimau pun tak ingin hidupnya diganggu oleh manusia.
Inilah pendustaan dalam kenyataan MAIS, latihan ini dilaksanakan secara ulang-alik dan dalam masa 2 ke 3 hari saja dan bukannya untuk sepenuh masa. Adalah dimaklumkan usaha uzlah ini berjalan selama 7 tahun lamanya.
Rumusan
Majlis ini tidak berlangsung dengan secara adil kerana hanya pihak MAIS melalui ahli panel sahaja yang boleh menyoal dan kami di pihak MNI hanya tuan guru sahaja yang boleh menjawab.
Pihak MAIS juga gagal untuk bertindak secara bijaksana apabila kami dapat mengesan sanggahannya berhubung cawangan MNI yang berada di dalam dan luar negara. Maka, mereka cuba mengaitkan MNI adalah sesat dan terlibat dengan rangkaian keganasan antarabangsa.
Maka, adalah didapati bahawa MAIS telah berperanan untuk mengelirukan ummah melalui kenyataan media ini.
Sekian.segala kelemahan mohon petunjuk illahi, selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W..
Kesimpulan
Adalah menjadi tanggungjawab untuk kita terus melakukan usaha dakwah bagi mengajak ummah agar tidak menjadi dunia sebagai matlamat segalanya, sebaliknya menjadikan dunia adalah ladang untuk melakukan tanaman akhirat.
Sesungguhnya benar kata guru bahawa masyarakat kita masih lagi seperti katak dibawah tempurung.
Keinsafan yang nyata adalah bagaimana hebatnya celaan , fitnah dan hasad yang dipamerkan oleh pihak MAIS, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menghadapi lebih hebat dari ini.
Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak menghalang usaha kebajikan yang dilakukan oleh orang lain; sekiranya kita diluar kemampuan untuk melaksanakannya.
Sumber: Madrasah Nurul Iman
Sumber: Madrasah Nurul Iman
No comments:
Post a Comment