Geng Bas Sekolah

January 27, 2010

Kerajaan Lemah & Babi

Kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam sedikit sebanyak melemahkan semangat blogger pro kerajaan berkaitan isu penghinaan. Ini menunjukkan seolah olah kerajaan masih belum membuka mata terhadap penangan blog dan dunia internet khususnya.

Kenyataan itu juga menunjukkan seolah olah perbuatan biadap itu dibenarkan sekiranya mereka meminta maaf secara terbuka. Kalau macam ni, baik mansuhkan saja Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.

Aku lihat barisan menteri kabinet sekarang macam lemah. Begitu juga kepimpinan didalam UMNO. Tiada tokoh yang benar benar berwibawa dan berani bersuara lantang. Malah ada menteri yang diletakkan ditempat bukan sepatutnya.

Sebagai contoh KDN, DS Hishamudin memang bukan calon sesuai. Hanya tahu cakap warning, warning warning tapi habukpun takda. Orang tak takut langsung. Malah orang cabar sehingga ada yang mahu bakar surau. Apa tindakan beliau? TAK ADA!

Datuk Seri Dr Rais Yatim, memang calon sesuai untuk kebudayaan, suara dan percakapan lemah lembut. Tapi tak sesuai untuk jawatan Menteri Penerangan Komunikasi. Untuk jawatan ini, calon itu mesti tegas, berani bertindak serta sanggup menerima apa saja tohmahan demi tugas.

UMNO kini sudah kehilangan ramai tokoh yang hebat. Tun Ghazalie Shafiepun telah meninggalkan kita selama lamanya. Kini hanya tinggal Tun Mahathir yang dilihat masih mempunyai keberanian menyuarakan kebenaran.

UMNO kini sepatutnya dapat melahirkan ramai tokoh seperti Allahyarham Datuk Harun, TokMat, Syed Jaafar Albar, Tun Ghazalie Shafie dan ramai lagi. Tapi sayang UMNO kini diambang kehancuran. Bukan setakat krisis kepimpinan malah dicawangan bahagianpun turut bermasalah.

BABI

4 kepala babi diletakkan di dua buah masjid. Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.



Satu perbuatan yang paling celaka. Ini semua disebabkan permainan politik PKR dan PAS yang menghalalkan nama Allah s.w.t digunakan oleh pihak kristian. Malah mungkin dilakukan oleh pengikut parti PKR dan PAS itu sendiri.

Dan aku tak pelik lepas ni mereka akan cakap: "Oh itu UMNO punya kerja"

Biasalah kalau fitnah memfitnah memang permainan mereka. Dan sekarang aku nak tengok apa reaksi kerajaan. Adakah masih menutup mata dan mempekakkan telinga. Ataupun mahu bangun bertindak dengan tegas.

ISA masih banyak kosong. Isikan saja dengan celako celako celako ini semua

5 comments:

bRAVEhEART said...

Salam bro,
Hahahaha, aku ingatkan aku sorang je yg meroyan selama ini, rupanya dh berjangkit kat ko pulak. Mmmm, aku tak tau nak kata apa dah. Cuma minta tolong link kan my new baby http://berani-anak-melayu.blogspot.com dari blog ko, terima kasih

Anonymous said...

DS hishamudin dilihat terlalu lembut, mungkin sebab up-bringing dari golongan bangsawan yang senang lenang tidak dapat menyelami realiti kesusahan, kemarahan dan kekalutan rakyat marhaen semasa..mungkin lantikannya atas dasar membina pfofil cv untuk naik setampuk ke setampuk kepimpinan tertinggi umno sbg menteri beliasukan, menteri pelajaran dan sekrg men kdn dan juga adakah disebabkan kerana sepupu DS Najib? Adakah DS Hishamudin dapat menyelami nadi rasa hati rakyat sbg mana yang dilaung2kan oleh DS Najib sendiri? ramai yang melihat corak kepimpinannya di KDN mengecewakan banyak pihak.

Anonymous said...

tulisan ini memang tepat sekali

Jeepers Creepers said...

Hishamudin sesuai jadi cikgu sekolah hehee..tapi malamg tapi baru nampak kejantanan sedikit bila umumkan 10 orang dimasukkan dalam ISA hehee

Jeepers Creepers said...

aikk lain macam je bahasa braveheart nie..