Geng Bas Sekolah

January 28, 2010

Gadoh - Independence Movie Yang Bagus

Ini sebenarnya cerita yang dibuat tahun lepas. Dibuat oleh sekumpulan pengiat teater tanahair. Mengisahkan tentang realiti kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sekumpulan pelajar sekolah yang sering bergaduh kerana perbezaan bangsa dan budaya. Pelajar melayu benci pelajar cina dan begitu juga sebaliknya. Dan pelajar india minoriti sering dibuli oleh kedua dua kumpulan terbabit.


Sehinggalah datang seorang penggiat teater ke sekolah itu dan cuba menyelami hati para pelajar berkenaan. Dan akhirnya berjaya menyatukan semua pelajar berkenaan dan mengajar pihak sekolah bahawa kebanyakkan masalah pelajar bukanlah berpunca dari pelajar sendiri. Sebaliknya berpunca daripada persekitaran rumah, sekolah dan mentaliti seeorang guru itu.

Bagi aku cerita ini bagus. Sebenarnya masih ada prejudis dikalangan rakyat Malaysia. Secara jujur, pelajar melayu dan cina memang tidak bercampur. Mereka hanya hidup didalam kelompok sendiri. Sebagai generasi akan datang, situasi ini memang tidak baik untuk perkembangan negara.



Malah aku memang setuju sekolah sekarang hanya menitikberatkan prestasi akedemik tanpa menyelami hati para pelajar. Pelajar hanya diajar untuk belajar, bukannya berfikir. Perasaan pelajar tidak diambil kira. Segelintir guru hanya mahu pelajar mengikut kata mereka tanpa mendengar luahan hati pelajar.



Untuk maklumat lanjut:

Maisarah Muhd Najib,
Project Coordinator
HP: 03-79685415
Email: maisarah@komas.org

Cikgu kata aku bodoh. Pemalas. Aku pergi sekolah nak belajar. Tapi diorang semua sibuk fikirkan tentang ranking sekolah. Nak jadikan sekolah nombor satu konon. Nombor satu untuk siapa? Untuk diorang atau kitaorang.

Aku tak suka hidup aku ditentukan. Aku nak tentukan hidup aku sendiri. Dekat sekolah aku dilarang untuk berfikir. Tapi aku diajar untuk mengikut. Ini bukan sekolah namanya, ini PENJARA.


Aku bukan bodoh. Tapi aku bosan. Aku memberontak sebab sekolah yang bosan dan bodoh ini.