Geng Bas Sekolah

January 28, 2010

Hishamuddin Menunjukkan Kejantanan

Semalam DS Hishamuddin mengunakan ISA untuk menahan 10 orang yang terlibat didalam operasi pengganas.

Penahanan sembilan warga asing dan seorang rakyat tempatan itu membuktikan ada anasir pengganas dari luar cuba menyusup masuk ke negara ini. Namun kecekapan risikan dan tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menggagalkan anasir pengganas ini daripada melakukan angkara.

Syabas diucapkan. Tetapai bagaimana dengan mereka yang terlibat dengan membakar gereja/surau? Dan yang terbaru kes kepala babi?

Mereka yang terlibat juga perlu dimasukkan kedalam ISA kerana perbuatan mereka boleh mencetuskan perasaan perkauman dan persengketaan agama dikalangan rakyat Malaysia. Malah ada individu politik tertentu yang mengapi apikan sentimen ini.

Cepat bertindak sebelum parah!

1 comment:

YANG GAMBI said...

YB Raz, termasuklah yang menghina Raja-Raja Melayu...... jangan lupa itu......