Geng Bas Sekolah

December 25, 2009

Mahasiswa perlu budaya ilmu

Institusi universiti pada era ini dikatakan oleh ramai sarjana hanya akan berjaya menjadi tersohor bila empat komponen utama di dalamnya bergerak bersama ke arah satu misi.

Pertama, komponen kepimpinan tertinggi universiti yang mantap perancangan dan misinya. Kedua, komponen tenaga akademik yang hebat ilmu kepakarannya sama ada di dalam pengajaran, penyelidikan dan penulisan berkualiti.

Ketiga, komponen tenaga pentadbiran yang cekap dan efisien serta keempat, komponen kemahasiswaan yang berketrampilan tinggi.

Jika salah satu komponen tersebut tidak berfungsi dengan baik maka sesebuah universiti itu akan ketinggalan.

Malah kekuatan keempat-empat komponen ini akan menentukan sejauh manakah pemain industri berminat untuk bekerjasama dengan pihak universiti.

Sumber utusan malaysia

Aku tertarik dengan rencana berkaitan mahasiswa didalam Utusan hari ini. Memang diakui universiti dan kolej negeri agak ketinggalan berbanding kolej swasta dan universiti di negara negara maju.

Aku sendiri bekas penuntut sebuah kolej yayasan negeri. Kemudahan yang disediakan kurang memuaskan. Keadaan asrama dan tandas kolej yang kotor. Harga makanan yang dikatakan mahal di cafe kolej.

Malah pelajar dikenakan caj bayaran yang mahal untuk sesuatu perkhidmatan yang kami sendiri tidak tahu apa.

Keadaan ini agak membebankan segelintir pelajar yang berasal dari keluarga berpendapat rendah. Malah agak ramai juga pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Tetapi alhamdullilah setelah Rektor Kolej bertukar tangan, kebanyakkan masalah telah diatasi. Bangunan kolej dan asrama telah dicat semula, perkhimatan wifi disediakan untuk kemudahan pelajar dan pelbagai lagi.

Tetapi itu masih belum mencukupi untuk menaikkan nama kolej itu. Saban tahun pengambilan pelajar dibuat tetapi kolej jarang sekali mengadakan sebarang seminar dan bengkel untuk para pelajarnya.

Malah aktiviti luar kampus kurang diberi penekanan. Para pensyarah aku dulu ada yang benar benar berkelayakan tetapi tidak diberi imbuhan sewajarnya. Ini menyebabkan mereka bertukar ke kolej lain. Cukup sayang kalau sesuatu kolej atau universiti kehilangan tenaga pengajar yang berkelayakan.

Dan sekarang dah lebih setahun aku tamatkan pengajian. Ada pelajar yang aku temui berkata keadaan kolej dikatakan baik tetapi masih dibebankan yuran caj yang mahal. Aku tak boleh nak kata apa sebab aku dulu mengalami masalah yang sama.

Malah aku keadaan dulu lebih teruk. Dengan suasana kolej yang terbiar, ketiadaan kemudahan wifi, tetapi aku terpaksa laluinya juga. Alhamdullilah aku tercatat diantara seratus lebih pelajar yang berjaya menamatkan Diploma Multimedia.

Aku adalah generasi pertama Diploma Multimedia. Dahulu kolej itu tiada jurusan ini. Semuanya kerana jasa pensyarah aku yang sanggup mengajar malah ada mengeluarkan duit poket sendiri untuk menjayakan program diploma ini.

Percaya atau tidak, Rektor Kolej dahulu tidak berminat dengan program kami, malah kami bagaikan disisih. Apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan sukan atau sesuatu majlis, begitu payah kami mendapat kelulusan. Kalau pelajar program lain yang minta, dengan senang mereka dapat.

Semua ini tak mematahkan semangat kami. Kami sentiasa kenang pengorbanan para pensyarah kami kerana tanpa mereka, program ini tidak akan ada. Walaupun kemudahan yang kami ada tak secanggih Kolej Lim Kok Wing, tetapi ada diantara pelajar kami dahulu benar benar berbakat didalam bidang Multimedia.

Dan merekalah yang berjaya menebus kembali maruah kami sebagai pelajar Diploma Multimedia kerana berjaya membuat Diploma Show disebuah Shooping Complex terkemuka. Ini telah membuka mata para pentadbir Kolej yang akhirnya menyakinkan mereka bahawa program kami bukanlah usaha yang sia sia.

Terima kasih buat pensyarah kami kerana tanpa mereka, kami tidak akan berjaya. Maaf aku tak boleh sebut nama kolej dan pensyarah sebab boleh dikhuatiri boleh menjatuhkan nama baik seseorang atau kolej berkenaan.

No comments: