Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
November 17, 2009
MP Machang Saifudin Nasution Pengkhianat Negara
Tindakan Yb Pakatan, Saifudin Nasution yang mempertikaikan aset ketenteraan negara amat membimbangkan. Ini kerana sebelum ini, tidak pernah ada orang yang berani mempermainkan isu yang berkaitan keselamatan negara. Malah sebelum ini rakyat berterima kasih kepada angkatan tentera kerana sanggup berkorban untuk keselamatan mereka dan negara.
Malangnya, kerana mahukan kuasa, ada antara pembangkang ini yang sanggup mengadaikan keselamatan negara dengan mengkritik dan mempertikaikan keputusan angkatan tentera negara untuk mempertingkatkan keupayaan mereka menghadapi musuh.
Malah Saifudin ini sendiri pernah bertemu dengan "seseorang" dari Singapura. Orang ditemuinya adalah Walter Chia. Walter Cia status rasminya adalah Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur.
Berumur 35 tahun. Sebelum ini Walter adalah setiausaha akhbar kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapore dan dalam masa masa dia adalah pengumpul maklumat yang dibayar oleh CIA berkenaan dengan politik Malaysia.
Fikir fikirkanlah sebelum terlambat. Ada diantara ahli politik dinegara ini merupakan pengkhianat negara. Cuma bukti masih belum jelas. Hanya Anwar Ibrahim saja yang kita semua nampak jelas tindakannya banyak membelakangkan kepentingan negara semata mata untuk kepentingan sendiri. Tapi tak mustahil kalau bos nya sendiri pengkhianat, anak buahnya turut pengkhianat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Panglima Siber (klik sini)
Dan disini (klik sini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam
inilah ajaran aljuburi kepada pengikut2nya
Post a Comment