Belum ada apa apa keputusan rasmi, sudah ramai pihak yang mencela Dr Asri tentang kemungkinan dia akan menganggotai mana mana parti politik. Inilah perangai segelintir rakyat Malaysia yang memang busuk hatinya.
Sehingga ada blogger mendakwa kononnya Dr Asri tidak tahan diuji, tidak konsisten didalam usaha berdakwah dan bermacam macam lagi. Cukup celaka punya perangai. Aku malas nak sebut blogger mana, korang carilah sendiri.
Aku bersetuju dengan pandangan Yb Zulkifli Noordin bahawa Dr Asri tidak perlu masuk mana mana parti politik untuk berdakwah kerana kalau berdakwah didalam salah satu parti politik, maka dakwahnya tidak akan dapat diterima oleh ramai pihak terutama oleh pihak parti lawan. Adalah lebih baik Dr Asri bersikap neutral didalam politik kerana dengan ini, beliau boleh menegur mana mana parti politik yang melakukan silap tanpa sikap berat sebelah.
Walaupun Dr Asri kini mendapat kecaman dari pelbagai pihak, tapi janganlah risau kerana masih ada rakyat Malaysia termasuk pemimpin negara yang berdiri teguh dan sentiasa menyokong Dr Asri.
Teruskan perjuangan Allahuakbar!!!!
Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini
3 comments:
Iyer, jika menjadi Penceramah Bebas ianya lebih mudah diterima masyarakat yang tengah berkecamuk kini. Bersikap neutral; terbuka & buat teguran bagi mana-mana parti.
Janji janganlah tunduk dengan cabaran & tekanan ini. Biasalah jika niat berdakwah halangannya terlalu banyak!.
Inilah kepelikan yang sukar difahami dalam negara yang merdeka lagi aman ini.
Setuju.
Non partisme lebih baik. Boleh tegur pihak itu dan pihak ini. Lagipun, tokoh agama seberani Dr. Asri tak ramai..
as-salamm,
bila kena kritik oleh DR Asri secara kebetulan kena HIDUNG terutama bab WANG, hawa dingin dan kuasa, kena la telan walaupun pahit...
Post a Comment