Geng Bas Sekolah

May 9, 2009

Bahaya JI (Jemaah Islamiah)

Seorang ketua militan JI yang terlepas dari Singapura telah berjaya ditahan oleh polis Malaysia kelmarin. Kejayaan pihak polis menangkap Mas Selamat telah mengelakkan negara terjerumus kedalam bahaya pengganas.

Jemaah Islamiah atau JI bukanlah sebuah pertubuhan yang sah ataupun baik seperti Hamas atau Hizbullah. Sebaliknya ianya adalah sebuah pertubuhan yang dipengaruhi dengan pemikiran sempit dan ekstrim. Mereka sanggup membunuh sesiapa saja dengan menggunakan nama Islam.

Tindakan JI untuk menubuhkan negara islam dengan menghalalkan keganasan adalah bertentangan dengan syariat islam. Mereka sanggup mengebom dikawasan awam dan membunuh ratusan orang awam yang tidak berdosa termasuk kanak kanak.

Kumpulan itu menghalalkan kejahatan dan jenayah yang dilakukan atas nama jihad Islam. Wang rompakan misalnya ditafsirkan sebagai halal digunakan bagi tujuan membiayai operasi pergerakan ini.

Keganasan yang berlaku di Ambon, Selatan Thai, Mindanao juga boleh berlaku di Malaysia tetapi dengan kecekapan dan wujudnya akta ISA, kita dapat menghalang perkara ini daripada terjadi. Mencegah itu adalah lebih daripada mengubati. Adalah wajar ISA dikekalkan untuk keamanan negara.

Malangnya ada beberapa orang politik yang bodoh lagi banggang yang mahukan ISA dimansuhkan. Mereka mendesak ISA dimansuhkan semata mata untuk menaikkan nama di arena politik tanpa mengira keburukkan yang akan berlaku dikemudian hari.

Ingatlah, jika negara dihancurkan oleh segelintir ahli politik ini, adakah mereka akan menolong dan membela kita dan ahli keluarga kita? Adakah mereka akan datang menjenguk kita? Jawapannya sudah tentulah tidak. Kerana mereka dahululah yang akan meninggalkan Malaysia setelah menghancurkannya.

2 comments:

golokperak said...

Pekida lebih bahaya dan menyesatkan

yb Raz said...

Sape suruh percaya pekida hahahaaa