Geng Bas Sekolah

May 11, 2009

Baliklah orang luar, jangan ganggu kami di Perak

SAYA seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Situasi di Perak menyedihkan saya dan keluarga.

Pada fahaman saya, segala perkara asas mengenai perundangan sudah di bawa ke mahkamah.

Sepatutnya sementara menunggu keputusan itu, jalankanlah hari-hari kita seperti biasa.

Orang-orang dari luar negeri Perak tidak payahlah datang mengganggu dan konon memperjuangkan perkara yang saya tidak pasti adakah mereka faham apa maksudnya kepada orang-orang Perak sendiri. Ini bersangkutan dengan Sultan kami, pemerintahan negeri kami, biarlah kami yang nilai dan buat pertimbangan. Kalau kami nak berbalah biarlah kami anak Perak yang berbalah, siapa lebih hormatkan Sultan; siapa lebih derhaka pada Sultan; siapa lebih berjasa dan sayang pada negeri Perak; siapa lebih matang fikiran dan waras akalnya dan siapa yang hanya sayangkan kuasa dan pangkat dan tidak lagi ingat akan kepentingan rakyat.

Baliklah, jenguklah anak, isteri, suami, keluarga di rumah. Perjuangkanlah keluarga, didiklah mereka menjadi orang-orang yang baik. Tidak perlulah datang ke Ipoh, Kuala Kangsar, Bukit Gantang buat demonstrasi jalanan. Anak-anak kami mahu ke sekolah, jalan di tutup merata-rata, kawalan polis diketatkan untuk mengawal anda. Kasihanlah kami.

Baliklah. Minggu ini anak-anak kami ada peperiksaan, berilah mereka peluang untuk belajar dengan aman dan tenang. Perjuangan anak-anak kami dalam pelajaran untuk memartabatkan lagi agama dan bangsa juga jihad yang diredhai Allah SWT.

Berbalik kepada anak-anak saya, apa yang hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keadilan tidak berlaku adil bukan sahaja kepada diri mereka tetapi menganiaya rakyat dengan tindakan mereka?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan Islam tidak berkelakuan seperti orang Islam yang tinggi akhlak, menghormati orang lain dan penuh adab sopan, tetapi sebaliknya menunjukkan kebiadaban dan kekerasan hati yang tidak waras?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keluhuran undang-undang tidak menghormati undang-undang termasuk asas-asas Perlembagaan di atas mana negeri ini dibina. Parti yang begitu cilik dan bermuka-muka dalam berjuang sehinggakan keputusan Sultan mahupun mahkamah diketepikan apabila ia tidak memihak kepada mereka. Perjuangan jenis apakah ini?

Bagaimana saya nak jelaskan pada anak saya? Di mana kewarasan akal yang dikurniakan Tuhan? Cerminlah diri. Insaflah. Jangan kerana emosi semuanya digadaikan. Baliklah.

CEMPAKA SARI

Ipoh, Perak

Dipetik dari Utusan Malaysia (klik Sini)

5 comments:

nalapambu said...

Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.

Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.

Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.

Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.

Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.

Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.

Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.

PR pasti akan dapat menawan semula Perak.

melayu_dap said...

Salam semua,
siapa orang yang puan cempaka sari maksudkan orang luar?.
setahu saya parti umno,pas dan pkr masing-masing ada melaungkan tentang islam,keadilan dan keluhuran undang-undang.
saya tak faham apa yang di katakan oleh puan cempaka sari tentang demonstrasi.siapa pulak orang yang puan cempaka sari suruh balik?apa yang di takutkan oleh puan cempaka sari sebenarnya?.buat pengetahuan puan cempaka sari,saya pun anak jati perak kod kad pengenalan saya bernombor 08.saya tak nampak pulak penduduk ipoh atau kuala kangsar berada dalam kegelisahan macam puan.kehadiran polis yang begitu ramai kebelakangan ini mereka semua telah mendapat jemputan oleh umno.semua perbelanjaan mereka semasa berada di sini semuanya di tanggong oleh umno dengan mengunakan duit pembayar cukai.saya harap puan jangan lagi berada dalam ketakutan kerana kita sekarang telah dijaga oleh polis yang di datangkan khas oleh umno.sekian harap maklum.

Anonymous said...

untuk melayu dap dan nalapambu

tak guna kita nak berhujah..nak bertengkar dan apa-apa lagi...yang penting kita fikir generasi kita..anak dan cucu-cucu kita..memang kita dah ok..sekarang ni..ada kerja..ada apa yang nak dimakan..tapi anak kita macamana..kalau tanah-tanh pusaka kita pun habis dah..tak de lagi..utk kita lepasl;ah kat dunia ni..melayau dap..apakah parti melayu dap...sokong islam sejati..kata singh..langkah mayat aku dulu..fikir2kan

yb Raz said...

terima kasih diatas pandangan semua. buat melayu dap, tahniah kerana menyokong parti cina yang terang terang memusuhi orang melayu dan islam.

bukan semua orang gembira apabila hidup dikelilingi cerita politik. bagi mereka, cukuplah politik dimasa pilihanraya umum saja. buat apa nak kecoh kecoh sehingga rakyat terabai.

jadi anda kena hormat pendirian mereka. jangan nak sibuk berpolitik sehingga masyarakat terabai.

NIZAR said...

kurnag akal punye melayu DAP...jangan sampai anak ko tak nak mengaku ko bapak dia..