Geng Bas Sekolah

April 9, 2009

Awas Agenda Kafir



Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini

15 comments:

Anonymous said...

boleh tak tuan translate kan drp ucapan tu ke tulisan ikut skrip. yg aku nampak dia cuma salah tajwid, dari segi makna macam betul. boleh tuan taipkan semula ucapan beliau.tima kasih.

Jeepers Creepers said...

maaf saya tiada masa nak translatekan ucapan dia..kalau tuan rasa perbuatan dia itu betul, tidak mengapa..masing masing ada pendapat sendiri..

pada saya secara peribadi, ucapan dasar menentang umno dia tidak mendatangkan apa apa kemarahan pada saya. itu adalah hak peribadi individu nak menyokong parti politik mana.

tetapi yang membuatkan saya marah adalah apabila ayat al quran dan nama al quran digunakan sewenang wenangnya untuk politik. apatah lagi ianya diucapkan oleh orang bukan islam.

mempertahankan islam adalah perkara wajib bagi umatnya. politik mahupun soal parti adalah nombor 2.

Datu S said...

Sabar kau .kalau kau tiada ilmu agama janganlah bercakap membabi buta..kalau setakat cakap ikut ikut saja, tak perlulah macam ulama pula,pergi belajar agama dulu boleh boleh cakap..

Prof. Era Pasca said...

YB raz... anda takde mase atau tidak mahu menerima kenyataan..?

Surat Tok Guru

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

AnakPas said...

Aku cadangkan kita Pas juga UMNO kita belikan Quraan terjemahaan inggris..lk RM40 sebuah..kita sedekahkan kepada setiap ketua-ketua Parti DAP/MCA/MIC/PKR/Cina & India, sekurang-kurang nya mereka boleh belek-belek..lama-lama mungkin akan faham..mana yg. Allah beri hidayah..
Saya pernah hadiahkan quraan ni pada bos Cina yg. nak bersara..x tau le apa jadi..mudahan kalu x anak dia, bini dia ke anak dia ke terbaca..dan dapat hidayah..seperti "Cats Steven"..jangan lokek..ambil sikit duit parti..atau ada member sponsor..

Anonymous said...

Bukankah kalau kita berhadas besar dilarang dari membaca ayat al-quran...

Ngeh tu Mandi hadas ker???

Anonymous said...

Apalah mamat PAS ni...Takkan lah mengenali Islam dengan membaca AlQuran pilak.
Kalau nak mengenali Islam belilah buku.Tanya -tanya pergi ceramah.
Hai besuk si Nga ni kalau dia dapat baca Rabbana aatina fid dunya hasanah agaknya pengsan tok guru.
Hai Nga bila kau nak masuk Islam?
Ingat itu barang mau kena potong sikit dia punya kulit

Jeepers Creepers said...

terpulanglah pada anda semua membuat keputusan yang macammana..walaupun apa yang anda kata, keputusan saya tetap sama seperti diatas.

Anonymous said...

RAZ!!

AKU TAHU KAU NI PENYOKONG PR!! KAU TAK USAH NAK BERSELINDUNG!! NAK KAFIRKAN ORANG LAIN!! PANDAI KAU PAKAI REVERSE PSYCHO YE?? BLAH LA KAU DARI BPN!! BPN TAK PERLUKAN KAU LAGI PENGKHIANAT!!

Anonymous said...

Raz gothic..

Belajarlah Islam lebih lanjut. Arab yang bukan islam lagi cantik bacaannya dari orang melayu tapi mereka ini (arab non muslim) kata al-quran itu sihir dari muhammad s.a.w.

Kau pernah baca sejarah islam? Kau kenal Saidina Umar ? Siapa dia sebelum islam? Adakah sahabat Nabi semua dahulunya islam?

Adakah Si cina ini menghina islam? Apa salahkah apa yang di bacanya?

Cina Nga ini salah pada tartil dan bacaan, tapi masih boleh di fahami. Dia tak hina islam. Dia hina orang macam kau raz. Yang islam pada kad pengenalan tapi tidak boleh berlaku adil dan ihsan!! Itu maksud si cina Nga ini.

Kau insan BONGKAK raz.. Kau tak boleh terima kenyataan. Kau dah anggap islam ini hanya untuk melayu. Dan quran itu di turunkan hanya untuk melayu.

Kau tak sedar di dalam quran banyak menyebut bahawa al- quran di turunkan untuk MANUSIA.

Kau benci si cina nga ini sebab dia cina. Ekonomi dia pegang. Pulak dia boleh sebut ayat quran yang mengkritik UMNO dan BN parti pujaan kau lalu kau terasa.

wsalam

Anonymous said...

Kau faham ke maksud politik di dalam islam raz? sampai kau letakkan politik ini di tangga no 2?

Hinanya kau. Berkata sesuatu perkara dan boleh mengakibatkan kau di hina oleh orang lain.

Politik di dalam islam bermaksud Siasah. Siasah di dalam bahasa melayu bermaksud cara pemerintahan. Politik ini kotor sebab di kotorkan tangan yang kotor.

wsalam

Anonymous said...

Anon 9.32 am..


Manusia seperti anda yang paling gampang sekali. Apa? Selama ini bila berbicara dengan orang bukan islam,hal bersunat ke yang kau tanya dulu? Dasar Bangang kau ni anon.

Pemahaman beginilah yang mengakibatkan bangsa lain takut dengan islam.

Hidup UMNO
Hidup Islam

Jeepers Creepers said...

Aku tetap berpegang pada prinsip aku

Anonymous said...

Bro...

Pehal Budak BPN macam selenga je dengan kau!! Diaorang siap keluarkan setiap komen kau masa dekat siasah dulu.
Sabar je lah bro..Kadang kadang jadi ahli satu-satu badan memang gitulah.

Aku lagi suka jadi bebas. Boleh hentam sapa-sapa...

kakiblog

The Intelligent Society (TIS) said...

Cina ni baca Surah Aura. Tapi kutuk UMNO. Apalah bangang? Kau baca ayat Suci Al-Quran lepas tu kau Mengutuk? Maksudnya kau tak ikhlas dalam membaca/tafsir ayat tersebut.

Orang Melayu buta... Sokonglah!

Dajjal Al Masih pun boleh baca Quran. Sapa nak jawab? Nik Aziz nak Dajjal Al Masih masuk PAS? Sila guna kepala otak. Terima Kasih.