Geng Bas Sekolah

April 10, 2009

Memohon Pertolongan Allah

PERTOLONGAN yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 61)

HURAIAN

Sebagai hamba Allah, manusia bersifat lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Kerana sifat itu jugalah, mereka sering dianiaya dan hak mereka dicabuli. Telah menjadi lumrah kehidupan juga siapa yang kuat dan berkuasa akan disanjung dan dihormati. Sementara mereka yang lemah pula akan ditindas dan dizalimi.

Oleh yang demikian mereka hendaklah bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT. Berdoa dan bertawakal kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sebagaimana berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.

Diciptakan-Nya malam dan siang silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim sama ada musim panas, sejuk, luruh dan sebagainya. Kekuasaan-Nya sungguh mengagumkan dengan tidak pernah mungkir atau terlewat. Janji Allah itu pasti berlaku.

Mereka yang beramal soleh dan menuruti suruhan-Nya akan mendapat balasan syurga. Sebaliknya mereka yang ingkar dengan melanggar perintah-Nya akan dimasukkan ke neraka.

KESIMPULAN

Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan dan keredaan dari Allah SWT, bukan memohon pertolongan dari kuasa-kuasa lain kerana dibimbangi akan menjadikan kita tergolong ke dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah.

Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa terhadap sesuatu dan akan menolong hamba-hamba-Nya yang mengharapkan pertolongan daripada-Nya. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

4 comments:

Blogger UMNO said...

Salam Perjuangan Saudara.

Kami baru menubuhkan sebuah blog untuk ahli-ahli UMNO yang mempunyai blog.

Jika saudara berminat, silalah ziarah blog kami.

www.umnoblogger.blogspot.com

Anonymous said...

umno blogger...


Kewujudan anda lebih baik berbanding Blogger pembela Negara yang di taja KJ.


Truskan Usaha membela rakyat!!

Anonymous said...

Daripada BPN,lebib baik aku tampal logo UMNO kat blog aku..hahaha!!

jijik aku nengok blogger bpn!! Dengan carut dan maki. Tu yang buat orang makin benci!!

anon 6.35am!!!

Betul kata ngko. BPN di taja khairi dan memang ramai puak-puak derang kat situ...

Jangan biarkan KJ bermaharajalela!! Jahanam UMNO di sebabkan KJ..bukan sebab Tun Paklah..

raz said...

adehh wat pe marahkan KJ kat sini. Bukannya dia penah dtgpun blog aku ni..

terima kasih saudara blogger umno