Geng Bas Sekolah

January 28, 2009

Penyakit UMNO

Salah satu penyakit didalam UMNO adalah berpecah belah atau berpuak puak. Bermula dari pemimpin yang berebut jawatan sehinggalah kepada penyokong. Hal ini boleh dilihat dari blog blog yang menyokong sesuatu pemimpin dan menjatuhkan pemimpin yang lain.

Ada yang menyokong KJ, ada yang anti Ds Khir Toyo dan Ts Muhammad Taib. Dan mereka yang terlibat ini semuanya orang UMNO. Mereka sanggup memburukkan sesama ahli UMNO hanya untuk mengangkat "pendekar pilihan" mereka saja.

Mengapa mereka tidak bersatu saja. Kalau tidak sukakan seseorang calon, janganlah dihebohkan secara terbuka. Diam diam sendiri sudahlah. Semua ini hanya akan memecah belahkan ahli ahli UMNO saja.

Dan rasanya aku tak pernah jumpa mana mana blog pembangkang yang menkritik mana mana pemimpin mereka. Mengapa ya?

7 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

ini pon salah satu masalah UMNO. Suka mencaci antara satu sama lain dan masing-masing nak tunjuk bagus, walaupun sebenarnya tak ada apa-apa pon.

Anonymous said...

Bila sesuatu perkara dah menjadi budaya, ia sukar dikikis. Agama pun boleh terabai penangan Budaya tersebut. Baguslah anda sedar dan berani mengkritik. Apapun kena lah tanggung risiko diperli rakan sendiri, kerana budaya sukar menerima pendapat yang bercanggah. Terimalah hakikat walaupun ia pahit.

Mr Joker said...

Tuan silap bila mengatakan bahawa blog pembangkang tidak mengkritik mana-mana pemimpin mereka.

lawatlah blog antihusam, blog saya, alahai fatkm1 fairus dll...

kami tetap mengkritik pemimpin kami, bezanya bila mengkritik, kami bersama-sama mengkritik dan apa yang kami kritik itu memang benar berlaku.

dari situ tidak timbul soal kau salah aku betul sebab kami mengkritik apa yang benar2 berlaku dan bukannya rekaan.

sumandak bayu said...

Sebenarnya..

UMNO nak buktikan dorang ni pemimpin telus dan terang2 lah bagi nasihat bukan menghentam antara satu dengan yang lain...

Macam juga pihak pembangkang bila silap dorang teguq tapi hairan dalam Islam boleh kah kita mendoakan sesama umat Islam dilaknati macam doa pemimpin PAS semasa kempen di Permatang Pauh...

Meh kita renungi bersama

Tai said...

Jadi, yang untung pembangkanglah encik kalau ini macam.

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Tidak salah memberi sokongan terhadap pemimpin pilihan. Akan tetapi jika sokongan itu terbawa ke arah elstrem sehingga memecahbelahkan parti, ia pasti memudaratkan. Oleh itu, para ahli UMNO perlu berpijak di bumi nyata dan kenalpasti sebaiknya siapa lawan dan siapa kawan.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Jeepers Creepers said...

Terima kasih diatas pendapat rakan semua. Sebaiknya setiap pemimpin yang melakukan salah harus ditegur.

terima kasih topeng perak. saya pernah melawat blog anti husam. Saya sependapat dengan anda. Apabila mengkritik, hendaklah perkara yang benar. Bukannya bertujuan hanya untuk menjatuhkan pihak lawan.

Buat sumandak bayu, adalah tidak wajar mendoakan kecelakan buat sesama umat islam semata mata kerana politik dunia. tak apalah biarlah Allah s.w.t yang membalasnya di akhirat nanti.

Pemuda IKS, itulah yang sebaik baiknya. Ahli UMNo sekarang sepatutnya sedar akan tindakan mereka. Pemilihan ketua pada mac nanti diharap tidak menghancurkan UMNO yang sememangnya sudah rapuh sekarang ni.