Geng Bas Sekolah

January 26, 2009

Pemimpin Flip Flop dan Mother of All Vigils

UMNO dikejutkan dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan tempoh hari. Beliau yang baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang pejuang tulen parti.

Hanya kerana tidak mendapat "habuan", beliau sanggup meninggalkan parti dan menyertai parti lawan dimana beliau masih memegang jawatan ADUN didalam BN. Walaupun tindakan beliau sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi namun ia sebenarnya mempunyai rahmat disebaliknya.

Tindakan beliau mencerminkan siapa beliau yang sebenarnya. Rakyat dan ahli UMNO lain kini dapat melihat sisi gelap Datuk Nasarudin Hashim. Diharap UMNO dapat dibersihkan daripada manusia sebegini.

Mother of All Vigils

Pada waktu ini, seakan menjadi trend orang melayu islam menyokong malah mengikuti amalan orang kristian. Terbaru tindakan ahli Pakatan Rakyat yang beragama ISLAM terbabit didalam majlis Mother of All Vigils. Majlis yang turut disertai oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid yang berkumpul di hadapan MBPJ.

Tidak salah tindakan mereka memprotes isu ISA tetapi pendekatan yang digunakan tidak mencerminkan islam. Malah majlis yang turut dihadiri oleh orang PAS membuatkan saya terfikir, apakah mereka tidak mengetahui hukumnya?



Memang kini ramai generasi muda yang terlibat dengan Valentine Day, tetapi apabila golongan tua malah mempunyai sedikit sebanyak ilmu agama turut menganjurkan majlis mengikut atau menyamai ajaran kristian, adakah mereka tidak mengetahu perbuatan mereka adalah bertentangan dengan ajaran islam.

Maksud Vigils mengikut wikipedia :

"Vigils is a term for night prayer in ancient Christianity. See Vespers, Compline, Nocturns, Matins, and Lauds for more information. A Vigil is a night spent in prayer.

A Roman Catholic Mass that counts liturgically for a Sunday or Holy Day but which takes place the previous evening is often mistakenly called a Vigil Mass. But it is more accurately termed an "anticipated Mass," because a Vigil is actually the whole day prior to certain major feasts, which acts as sort of Western version of the forefeast. And such Vigils (such as Christmas Eve) have their own proper Mass theoretically said that morning."

Maaf kalau pada mereka maksud Vigils ini berlainan dari maksud asal vigils tetapi pada saya, ianya tetap salah.

Tidak salah menyuarakan bantahan terhadap ISA tetapi salah mengadakan majlis mengikut amalan ajaran lain selain islam. Malah didalam islam sendiri, ada cara untuk memohon sesuatu terus kepada Allah S.W.T. Mereka boleh bersolat hajat untuk meminta hati pemimpin negara terbuka untuk memansuhkan ISA.

Bukannya dengan berkumpul beramai ramai sambil memegang lilin. Saya harap semua orang islam tak kira dari UMNO, PAS atau PKR dapat merenung kembali kewajaran tindakan sebegini.

Sudahlah orang islam Palestin dibedil Israel, kini di negara sendiri sudah ada penganut kristian yang mahukan nama Allah turut digunakan didalam agama mereka. Dan sekarang terdapat segelintir pemimpin islam terlibat pula dengan amalan ajaran kristian.

Sedarlah sebelum terlambat. Jangan disebabkan politik dunia, akidah dan agama kita turut tergadai.

Gambar didapati di blog Merah Hitam.

4 comments:

Tai said...

Sebab tu saya selalu kata, inilah islam orang Pas.

~PakKaramu~ said...

Salam kunjung

Anonymous said...

Eeheh, tengok makcik2 ni pegang lilin.

Saya ini setengah orang anggap " 'westernised' sebab saya belajar sekolah inggeris, pas tu belajar luar negeri dan berkerja disana bertahun tahun.

Tapi part ni, nyala lilin ni, saya tak main.
Dalam omputih: It's culturally alien to me, my dears.
NoMat

PAPA GOMO said...

FUH...FUH....FUH....
AGAK-AGAK DIEORANG NI SAMBUT BIRTHDAY OPEN BOTOL TAK???
MAKIN LAMA MAKIN BANGANG...

BAIK TAKPAYAH CAKAP KAU NI PARTI PAS YANG ISLAM KONONYA....

BANGANG ORANG PAS NI. MAKIN LAMA MAKIN HAPRAK...

KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html