Geng Bas Sekolah

January 22, 2009

Sikap Mesir Terhadap Hamas

Usaha Pertubuhan Al-Amal yang cuba menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Rafah terbantut apabila pihak berkuasa Mesir yang membuat sekatan jalan raya menghalang segala usaha pihak luar memasuki daerah berkenaan.

Difahamkan pasukan bantuan NGO berkenaan yang sudah sampai ke Arisyh terkandas dan terpaksa berpatah semula ke Kaherah selepas dihalang pasukan keselamatan Mesir untuk meneruskan misi ke Rafah.

Perkara ini dinyatakan Ketua Bahagian Kewangan Kedutaan Malaysia di Mesir, Mohd Sharbini Zaini yang dukacita dengan masalah yang berlaku. Antara badan NGO yang dikenal pasti aktif cuba membantu adalah Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid), Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Pertubuhan Al Amal.

Terbaru lima lori penuh muatan ubat-ubatan yang cuba disalurkan Mercy dihantar dengan bantuan kakitangan kedutaan Malaysia sehingga ke kawasan Rafah lebih 400 kilometer, Ahad lalu.

“Ubat-ubatan bernilai lebih RM100,000 berkenaan cuba diserahkan kepada mangsa serangan Israel di Gaza yang kini mencecah angka puluhan ribu orang.

“Bagaimanapun, usaha untuk menghantar bantuan seterusnya oleh Pertubuhan Al Amal kelmarin, terkandas berikutan pihak berkuasa Mesir menutup beberapa laluan utama ke Rafah yang menjadi pintu masuk ke Tebing Barat.

“Terlalu banyak sekatan dibuat pihak berkuasa yang menyukarkan tugas penghantaran ini,” katanya ketika ditemu bual wartawan, petang semalam.

Tambahnya, keadaan di sempadan Mesir dan Tebing Barat masih tidak menentu dan ada kalanya bantuan yang cuba disalurkan tidak sampai berikutan halangan dan pemeriksaan ketat.

Ditanya berhubung reaksi rakyat Kaherah berhubung perang Gaza, beliau berkata, rata-rata penduduk Arab Mesir simpati dengan apa yang berlaku, namun tidak dapat berbuat apa-apa berikutan isu politik yang tidak dapat dijelaskan secara terperinci.

“Mereka (rakyat Mesir) cukup marah dan sedih, namun polisi dan dasar berkecuali kerajaan menyebabkan mereka hanya dapat meluahkan kekecewaan melalui demonstrasi,” katanya.

8 comments:

Cheguman said...

masya-Allah...

Anonymous said...

Nak buat macam mana..Pemimpin arab sibuk nak jaga kedudukan..sama juga di negara kita ni..Sanggup korbankan rakyat hanya kerana untuk kedudukan dan kemewahan hidup.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Inilah masalah pak arab, bangsa sendiri pon tak nak tolong....ni Husni Mubarak ni aku rasa dia dapat tekanan dari USA & Israel leee tu

ahlang said...

salam YB
cam maner nak join Hamas???

salam Hamas
-ahlang-

Ali Abdullah said...

Salam,

Rakyat palestin itu takkan dapat dianiaya kalau orang arab itu bersatu. Israel satu negara kecik jer, kena pulak dikeliling negara arab. Inilah akibatnya jika tiada muafakat. Majoriti tak menjamin kekuatan kat sesuatu kawasan. Sama itu juga dengan melayu. Kalau tak bersatu, maka mudahle cina nak perintha tanah melayu ini.

p/s. Tanah Melayu = Republik of Chinese.

Anonymous said...

itulah masalahnya. kalau pak arab tu bersatu, dah lama hilang orang yahudi tuh.

Anonymous said...

Sama macam UMNO/BN adik beradik Israel.

Zar

Alan said...

eh eh bukan ke Pr tu sepupu zionis hahaha