Geng Bas Sekolah

December 16, 2008

Politik Samy Vellu


Kebelakangan ini media dan blog heboh memperkatakan tindakan Datuk Seri Samy Vellu yang mempersoalkan kerajaan berkaitan dengan pengabaian masyarakat India. Beliau kini berani memburukkan nama Barisal National yang dahulunya tempat dia berkuasa.

Adakah setelah tersingkir akibat kekalahan PRU12 tempohhari menyebabkan dia bertukar watak. Apakah yang dia lakukan untuk masyarakat india semasa dia memegang tampuk kuasa?

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang- orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu sendiri sepatutnya sudah dapat menyelesaikan masalah setelah dia lama menjadi menteri.

Sepatutnya Samy Vellu, MIC dan parti-parti yang mewakili masyarakat India berkerja keras untuk memperbaiki taraf hidup kaum India serta membendung penyakit sosial di kalangan mereka supaya tidak menjadi wabak.

Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.

Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.

'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.

Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia.

Oleh itu Samy Vellu tidak boleh menyalahkan kerajaan diatas kelemahan masyarakat india sebaliknya dia haruslah menyalahkan diri sendiri diatas kecuaiannya selama ini.

3 comments:

Anonymous said...

dey macha!
apa pun xbley buat ka?
tara guna punya worang...

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Lekir dengar masyarakat India semakin tak suka dengan M.I.C kerana isu Maika Holding yang tidak selesai sampai ke hari ini

Mereka juga mahukan muka baru menjadi pemimpin M.I.C

Tai said...

Kekalahan BN adalah kerana MIC jugak. Depa tak suka presiden yang tak bertukaq. Depa banyak yang tak dipeduli.