Geng Bas Sekolah

December 17, 2008

Berita Sedih Dan Gembira

Takziah

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azahari Md. Taib, merupakan seorang veteren UMNO yang meninggal dunia akibat sakit tua dirumahnya di Lorong Air Putih, Seberang Perak di sini, 7.30 pagi semalam.

Allahyarham yang dilahirkan pada 25 Mac 1924 di Kuala Sala, Kedah aktif dalam bidang politik setelah menamatkan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Melayu pada 1959 dan merupakan rakan karib bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, Allahyarham adalah ‘mentor’ kepada bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Seri Zainuddin Maidin. Allahyarham pernah menjadi anggota Exco kerajaan negeri Kedah dan merupakan antara pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

Tahniah

Ucapan tahniah diberikan pula kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang mendapat cahaya mata kedua yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan.

Semoga kelahiran anak kedua akan membawa kecerian buat Khairy Jamaluddin sekeluarga.

1 comment:

Sedingin Salju said...

Ok untuk berita pertama, semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh tuhan yang maha kuasa.
Untuk kedua, tahniah diucapkan.