Geng Bas Sekolah

December 15, 2008

Masalah Pakatan Rakyat

Tembelang Pakatan Rakyat kina jelas kelihatan sekarang ini. Selepas kerajaan negeri Terengganu menggunakan Mercedes kini kerajaan Perak ingin turut serta. Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan Perak berpendapat penggunaan kereta buatan asing itu memberi jaminan dan khidmat yang lebih baik berbanding Proton Perdana.

Cukup berlagak mereka ini. Malah ketika dia ditanya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau berkata: "Hanya kerana pakai kereta tempatan kita dipanggil patriotik? Saya rasa masalah ini tidak timbul."

Habis macam mana baru dipanggil patriotik? Sokong industri automobil tempatanpun dipanggil patriotik. Habis kau ingat berperang mempertahankan negara je dipanggil patriotik. Aku rasa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin patut pergi sekolah baliklah.

Alasan yang diberikan ialah keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan. Woi kalau kau rasa kos selenggara Proton Perdana tu mahal, kau pakailah kereta Proton lain. Aku pakai Proton Iswara lagi lama dari kau. Dah masuk 14 tahun. Tak adapun masalah. Kos selenggarapun rendah. Cuma check minyak hitam dengan lain lain je bila perlu.

Ini sebenarnya ada benda lain yang buat MB Perak ni beriya iya nak pakai Toyota Camry 2.4. Ini mesti ada berkaitan komisyen yang akan dapat kepada orang tertentu didalam Pakatan Rakyat. Kini Negeri Kedah bakal mengikut jejak langkah kerajaan Perak sekiranya kewangan negeri mengizinkan.

8 comments:

AbgTuah said...

Salam YBRAZ

Ye tak ye jugakan, kalau V6 tu penyelengaraannya mahal, pakai aje WIRA. Mereka sebenarnya cari alsan nak pakai kereta mewah luar negara aje.

UMNO PARTI PENJARA said...

masing2 sibuk nak tukar kereta bary :-)









(( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Jeepers Creepers said...

itulah..sebenarnya ada agenda lain yang kita tak tahu..siapa bakal calon bn kat terengganu yek huhu

Tai said...

Wey aku dengaq, ada orang dalam PR yang ada kepentingan kat Toyota tu ada betoikah encik?

Ezad said...

dah dpt kuasa, masing2 nak ambil kesempatan. ye la.. kalau tak jadi yb, pakai waja je kot...

kerajaan kedah pun nak tukar kereta ke? aik.. dah rakyat tak makan, sanggup tebang balak..

tebang balak nak bagi rakyat makan ke, nak beli kereta baru?

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Bunyi macam tamak pun ada. Bunyi macam "improvement" pun ada. Terpulang lah kepada semua untuk spekulasi masing-masing terhadap isu ini.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Jeepers Creepers said...

Sedingin Salju:
Aku penah baca gak benda ni tapi tak ingat blog siapa. Citernya ada kaitan dengan exco dap selangor.

Ezad:
itulah katanya tapi jikalau kewangan kerajaan negeri mengizinkan. sama2lah kita tengok.

Pemuda IKS:
Improvement tu penting tapi kita kena juga sokong automobil tempatan. Kalau bukan pemimpin siapa lagi.

Tai said...

Ya, betul tu YB. kenalah sokong barangan tempatan. kalau ada yang tak kena, bagi cadangan untuk memperbaiki keadaan.