Geng Bas Sekolah

December 29, 2008

Perutusan Maal Hijrah 1430

Hari ini adalah hari pertama mengikut kalendar hijrah. Kita telah menerima khabar yang tidak baik iaitu kemangkatan DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan kematian ratusan saudara islam kita di Palestin akibat serangan yahudi.

Pada tarikh inilah nabi junjungan kita Nabi Muhammad S..A.W telah berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Penghijrahan baginda telah membuka lembaran baru untuk umat islam keseluruhan. Umat islam yang sebelumnya tertindas telah bangkit dan menyatakan keislaman secara terang terangan. Sebuah kota islam dapat ditubuhkan. Bangsa yang berseteru telah disaudarakan oleh Rasullulah S.A.W melalui agama islam. Umat islam telah diperkasakan dan seterusnya agama islam telah berkembang sehinggalah sekarang.

Oleh itu, kita haruslah mengambil peluang pada tarikh keramat ini dengan mengukuhkan perpaduan sesama islam. Tanpa mengira bangsa dan negara. Sesungguhnya umat islam Palestin dapat dikalahkan oleh tentera yahudi disebabkan perpecahan yang melanda mereka. Fatah dan Hamas saling berbunuhan sesama saudara disebabkan perebutan kuasa.

Orang orang kaya di Tanah Arab pula dilanda penyakit sayangkan dunia. Pentingkan diri sendiri serta hanyut dengan harta duniawi yang tidak seberapa. Mereka lebih berkiblatkan barat daripada menyokong dan sayangkan saudara seagama sendiri. Sedangkan mereka lebih berkemampuan untuk membantu umat islam Palestin dengan menggunakan minyak yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Kini umat islam di Malaysia juga telah berpecah belah disebabkan perebutan kuasa dan politik. Siapa yang yang akan membantu kita sekiranya kita diserang setelah kita tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunnah Rasul. Maka pada tarikh bersejarah ini marilah kita sama sama bermuhasabah dan merenung jauh kedalam diri kita.

Masih belum terlambat untuk kita bersatu. Masih belum terlambat untuk kita berubah. Masih belum terlambat untuk kita berjuang. Disini aku menyeru kepada semua saudara saudaraku. Marilah kita bersatu sebelum terlambat. Sebelum politik dan kuasa menghancurkan diri kita, agama serta anak cucu kita dan negara.

“Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri…” Surah Ar-Rad Ayat 11.

Semoga umat islam akan menang didunia dan diakhirat. Insyaallah Palestin akan dapat kita bebaskan dari yahudi dengan syarat semua umat islam bersatu. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 kepada seluruh rakyat Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

jom sokong Sdr Kamarul Irzuan dan Pewaris Malaysia dalam isu Haramkan Freemason di Malaysia. Sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut http://pewarismalaysia.blogspot.com/2008/12/bertahun-gerakan-freemason-bertapak-di.html

azlishukri said...

salam maalhijrah..