Geng Bas Sekolah

January 1, 2009

Mengapa PAS Perlu Dikalahkan Di Kuala Terengganu

Majoriti penduduk Terengganu adalah orang melayu yang beragama Islam. Negeri Terengganu juga kaya dengan hasil minyak yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri. Jika sebelum ini pihak pembangkang mengatakan UMNO membuat penipuan semasa pilihanraya namun akhirnya Allah S.W.T telah memberi peluang kepada PAS untuk memerintah Terengganu.

Namun apa sudah jadi? Pas gagal membangunkan Terengganu dan menarik hati orang Terengganu supaya tetap menyokongnya. PAS tetap mengatakan ianya adalah salah UMNO yang memerintah sebelumnya namun apa yang diperbaiki oleh PAS sekiranya UMNO telah membuat silap sepanjang pemerintahannya?

Pembangkang sering mengatakan rakyat sudah celik, sudah pandai. Ye memang betul rakyat sekarang memang sudah celik, sudah pandai memilih siapa yang layak mentadbir dan menjaga mereka. Namun sekiranya rakyat yang cerdik pandai ini tetap memilih UMNO, maka janganlah pembangkang menuduh UMNO bermain kotor. Sedangkan pembangkang sendiri mengakui yang rakyat sekarang sudah pandai memilih dimana intan, dimana kaca.

Pembinaan Masjid Kristal, pertandingan Piala Monsun disifatkan sebagai pembaziran oleh pembangkang namun ianya tetap memberi pulangan rezeki kepada rakyat Terengganu yang bijak melihat peluang perniagaan.

Oleh itu diharap pengundi di Kuala Terengganu hendaklah memilih dengan bijak siapa yang bakal dilantik. Renunglah sejarah terdahulu dan buatlah rumusan dengan teliti. Setiap undian anda adalah berharga untuk masa depan generasi anda.

4 comments:

Tai said...

Inilah sebuah parti yang sukar menerima kelemahannya sendiri.

Jeepers Creepers said...

tahu takpa

UMNO PARTI PENJARA said...

Jadi... Samo2lah kite undi BN ;-)

Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Sokong 100%... UMNO tetap relevan untuk semua negeri.