Geng Bas Sekolah

December 6, 2008

Empat Terbunuh Didalam Runtuhan

Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa keempat kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini. Mayat tersebut ditemui lewat petang ini. Manakala 15 cedera dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia. 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.


4 comments:

Tai said...

Manusia nampaknya tidak mahu insaf tentang apa yang berlaku. kenapa harus begini?

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog.

“Memperkasa Generasi Baru”

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

sumandak bayu said...

Salam Bro

Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah