Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia. 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.
Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.
PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.
Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.
4 comments:
Manusia nampaknya tidak mahu insaf tentang apa yang berlaku. kenapa harus begini?
Salam perjuangan,
Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog.
“Memperkasa Generasi Baru”
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Salam Bro
Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs
Assalamualaikum,
Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah
Post a Comment