Geng Bas Sekolah

October 24, 2008

Malaysia Huru Hara ?

Dunia politik tanahair masih lagi bergelora. Masih panas. Seingat yb perkara ini tidak pernah berlaku dahulu. Selalunya selepas sesuatu pilihanraya, tidak lagi timbul sebarang isu berkaitan politik. Masyarakat kembali meneruskan hidup seperti biasa.

Namun kini boleh dikatakan saban malam, di kaca tv pasti ada keluar cerita tentang politik. Ada saja isu panas diketengahkan. Malah dunia siber juga semakin panas dengan ulasan, cerita, hikayat, cerpen tentang suasana politik tanahair.

UMNO kini juga semakin ditekan. Sama ada dari pihak luar mahupun pihak dalam. Semua orang mahu menjadi hero. Pertelingkahan kaum juga mula berapi. Negara akan terjerumus ke kancah perpecahan apabila setiap pemimpin parti mula mempersoal tentang bangsa dan agama. Masyarakat melayu sudah lama berpecah disebabkan idealogi agama didalam politik.

Kini orang melayu semakin ditekan oleh parti tertentu. Hak bumiputera dipersoalkan. Islam turut dijadikan isu. Sehingga akhirnya raja raja melayu terpaksa mengeluarkan kenyataan supaya melayu tidak berpecah.

Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Raja raja melayu tidak pernah menegur perkembangan politik selama ini. Apabila raja raja melayu sudah bersuara, ini bermakna masalah sudah menjadi semakin serius. Raja raja melayu sudah nampak ada dikalangan rakyat dinegara ini sudah berani mempersoalkan kedaulatan institusi raja, bangsa dan agama.

Orang melayu seharus bersatu. Bukan untuk perut sendiri tetapi demi survival bangsa melayu dan agama islam dinegara ini.

Renung renungkan dan selamat beramal.

No comments: