Geng Bas Sekolah

October 24, 2008

Hindraf - Jangan sakiti hati kaum lain


Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati kaum lain kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ingatan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap rakyat kembali berpegang kepada prinsip asas iaitu warganegara Malaysia tidak kira kaum, agama atau budaya mesti dihormati.

“Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang akan menyebabkan orang lain terasa hati atau melakukan perbuatan yang boleh dianggap sebagai tidak menghormati kaum atau perayaan orang lain,” katanya ketika berucap merasmikan Baazar Deepavali Brickfields di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan timbalannya, Datuk M. Saravanan serta Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pada majlis itu, Najib turut melawat sebahagian daripada 500 gerai menjual kuih-muih dan pakaian yang dibuka di sekitar Brickfields sempena sambutan perayaan Deepavali, Isnin ini.

Menurutnya, beliau gembira kerana semangat permuafakatan antara kaum yang berasaskan kepada perasaan menghormati antara satu sama lain yang menjadi tiang seri kepada pembentukan negara ini, masih lagi diamalkan.

“Inilah warisan yang mesti kita pertahankan dan dengan semangat ini akan membolehkan kita bersama-sama menyambut perayaan kaum-kaum lain dengan perasaan muhibah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kaum India dan ia terbukti apabila beliau sendiri, ketika mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu, membangkitkan isu antara 20,000 hingga 30,000 kaum itu tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan.

“Kabinet telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri supaya menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan segera masalah ini dengan syarat ia melibatkan kes-kes tulen sahaja,” ujarnya.

Tambah Najib, beliau menyokong penuh cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan Brickfields seperti Little India bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan itu

No comments: