Geng Bas Sekolah

October 24, 2008

Mangsa banjir terus meningkat


ALOR STAR 23 Okt. – Banjir yang semakin buruk di negeri ini menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara terus meningkat iaitu sebanyak 2,801 orang berbanding 1,777 orang semalam.

Sehingga pukul 5 petang ini, tujuh daerah dilanda banjir iaitu Kota Star, Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Bandar Baru dan Yan masih belum pulih sepenuhnya.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Zulkifli Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak 25 pusat pemindahan banjir telah dibuka berbanding 19 pusat penempatan semalam.

“Jumlah mangsa yang paling banyak dipindahkan ialah di daerah Kota Star yang menjangkau 1,219 orang dan melibatkan 301 keluarga.

“Hujan lebat yang berterusan petang ini menyebabkan paras sungai semakin meningkat dan banyak rumah dinaiki air.,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata, di Kubang Pasu, tujuh pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan 747 mangsa daripada 183 keluarga.

No comments: