Geng Bas Sekolah

October 28, 2008

5 persatuan kakitangan PKNS serah memorandum bantahan

Lima persatuan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar anak syarikat kerajaan negeri itu esok.

Menurut sumber, memorandum tersebut dijangka diserahkan kepada Abdul Khalid melalui Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Katanya, kelima-lima persatuan yang mewakili kakitangan PKNS akan menyerahkan memorandum bantahan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS itu sebagai pemangku Pengurus Besar, 21 Oktober lalu.

"Sepatutnya, jawatan itu diisi dari kalangan pegawai PKNS bumiputera. PKNS itu sendiri diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial bumiputera Selangor.

"Oleh itu, pelantikan Siew Moi adalah tersasar daripada matlamat utama penubuhan dan dasar PKNS itu sendiri," katanya di sini hari ini.

Semalam, kakitangan PKNS membantah tindakan Abdul Khalid yang melantik Siew Moi bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir Oktober ini.

Bantahan tersebut dibuat oleh Persatuan Pegawai Kanan PKNS, Persatuan Pegawai Eksekutif PKNS, Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS, Persatuan Kebajikan dan Sekerja PKNS termasuklah persatuan Islam anak syarikat itu.

Persatuan-persatuan berkenaan turut meminta Abdul Khalid memberi penjelasan mengenai pelantikan itu.

Mereka menyifatkan pelantikan Siew Moi adalah tersasar daripada matlamat asal penubuhan PKNS.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditemui hari ini mempertahankan keputusannya itu dan menyifatkan Siew Moi sebagai 'calon paling sesuai'.

Yes ini satu lagi tindakan tak berapa cerdik Khalid Ibrahim. Selepas ini bagilah semua jawatan kerajaan selangor kepada orang cina. Dan juga mungkin Menteri Besar Selangor selepas ini adalah orang cina. Alang alang bagi teruslah negeri Selangor pada orang cina. Orang melayu boleh merempat dinegeri sendiri.

No comments: