Geng Bas Sekolah

October 27, 2008

Mukhriz tidak setuju berdebat

Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat bagi menjelaskan pendirian perjuangan masing-masing.

Mukhriz berkata, soal pemilihan parti itu merupakan hal ehwal keluarga UMNO dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

‘‘Hal dalaman UMNO mempunyai banyak perkara tersirat dan debat sebegini mampu melemahkan parti terutama ketika parti menghadapi banyak cabaran.

‘‘Lagipun tak payah debat-debat kerana para perwakilan sudah kenal rapat dengan calon dan mereka cukup matang memilih yang paling layak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mukhriz menjelaskan, platform berdebat sebegitu tidak mencerminkan kredibiliti seseorang calon dengan jelas sebaliknya keikhlasan dan pengorbanan seseorang yang bertanding terserlah melalui penilaian umum sepanjang perjalanan karier politik masing-masing.

‘‘Setiap calon Ketua Pemuda harus dinilai melalui track record, sifat amanah dan siapa yang dilihat sanggup berkorban untuk rakyat.

‘‘Yang paling penting, secara umumnya, calon yang mengamalkan politik wang harus ditolak kerana ia akan membinasakan parti,” tegasnya.

Mukhriz turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan daripada perwakilan seluruh negara yang telah mencalonkan namanya untuk merebut jawatan itu.

Katanya, tempoh pencalonan sehingga Mac depan merupakan masa yang panjang dan beliau terus memerlukan sokongan daripada semua pihak.

4 comments:

NOBISHA said...

YB Raz Gothic,

Secara kebetulan saya juga menulis mengenai isu ini dalam blog saya. Dijemput membaca :)

Idham said...

mukhriz pengecut.

YB Raz Gothic said...

Bukan pengecut tetapi dalam sesetengah perkara berdebat adalah tidak elok. Silap nanti sesama ahli akan bercakaran sesama sendiri.

Faizal Zakaria's Blog said...

Saya tak setuju jugak :-)



Failure :-(
>> http://teampemudaumno.blogspot.com