Geng Bas Sekolah

November 1, 2008

Ketuanan Melayu

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.


Seperti biasa kenyataan yang mempersoalkan isu ketuanan melayu pasti dibidas oleh pelbagai pihak. Saya sebagai seorang manusia berbangsa melayu turut menolak sebarang cadangan yang mempersoalkan ketuanan melayu.

Tetapi kita tidak boleh bertindak mengikut emosi semata mata. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Datuk Zaid. Orang melayu boleh dikatakan kurang berjaya didalam bidang ekonomi walaupun kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang untuk membantu peniaga melayu. Malah ada orang melayu yang turut mengagalkan orang melayu yang baru bertatih berniaga. Rujuk kepada artikel saudara Nobisha *Kuala Lumpur Menjadi Kuala Bestari*

Orang melayu juga dikatakan manja oleh segelintir pihak. Orang melayu selalu mengharapkan bantuan kerajaan baik dibidang ekonomi, pendidikan dan lain lain. Cuba kita lihat masyarakat cina misalnya. Mereka banyak mendominasi bidang perniagaan walaupun kerajaan tidak membantu mereka sebaliknya orang melayu yang dibantu kerajaan kurang berjaya. Mengapa?

Ini kerana didalam minda melayu sudah diset "tak apa, aku boleh minta tolong bantuan agensi kerajaan". Ini menyebabkan orang melayu lemah, kurang berdaya saing, selalu mengharapkan kerajaan untuk menolong mereka.

Kita orang melayu harus keluar dari pemikiran sebegini. Jika kita berterusan bersikap begini, kita tidak akan mendapat apa apa manafaat. Banyak masa dan wang dihabiskan oleh kerajaan untuk membantu orang melayu tetapi ianya akan sia sia sekiranya orang melayu tidak mahu berubah.

Renung renungkan dan selamat beramal.

No comments: