Geng Bas Sekolah

September 10, 2008

Banteras Jenayah Asing


Kini kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas membenteras pendatang asing tanpa izin serta mengawasi pendatang asing sah. Sudah banyak kejadian jenayah dilaporkan angkara mereka. Warga negara Indonesia dan kini Afrika banyak melakukan jenayah jenayah berat di negara kita. Kita tidak mengatakan semua pendatang itu jahat tetapi tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berjaga jaga kerana ini berkaitan dengan kedaulatan negara. Apa maknanya kedaulatan negara kita sekiranya penjenayah asing bebas membuat onar disini. Yang susah adalah rakyat negara sendiri. Kini pendatang asing turut menjalankan perniagaan malah mempunyai premis sendiri.

Banyak kelemahan perlu diperbaiki terutama dibidang penguatkuasaan. Undang undang itu ada tetapi penguatkuasaan adalah lemah. Ini menyebabkan pendatang asing kini sudah menunjuk besar kepala dinegara ini. Kes terbaru yang terjadi semalam adalah antara ribuan kes membabitkan penjenayah warga asing.

Dalam kejadian di D’Kayangan, Seksyen 13 di sini pukul 4.45 pagi ini, Mohd. Yusof Abdul, 66, seorang bekas pegawai polis, menerima dugaan besar apabila isterinya, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dijadikan tebusan oleh sekumpulan penyamun warga Indonesia yang memecah masuk rumah mereka. Peristiwa yang berlaku ketika beliau dan isteri serta dua anak tirinya bangun untuk bersahur itu, berakhir dengan kematian isterinya yang ditikam di leher, belakang dan dikelar di rusuk kiri oleh dua daripada empat perompak terbabit.

Selain itu, masyarakat juga haruslah bekerjasama dengan pihak polis untuk membenteras kegiatan jenayah warga asing supaya ianya tidak berleluasa. Kerjesama semua pihak amat iperlukan supaya keamanan dan kedaulatan negara terus dipelihara.

No comments: