Geng Bas Sekolah

September 9, 2008

Perpecahan Dalaman Barisan National

Gerakan Pulau Pinang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.

Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan dan tingkah laku Ahmad yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu.

Tsu Koon turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan kaum Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan selanjutnya ingin menguasai politik, sebagai tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Liow Tiong Lai turut menegaskan bahawa MCA Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Ahmad dan tidak akan menyertai mana-mana aktiviti anjuran UMNO Bahagian Bukit Bendera sehingga isu tersebut diselesaikan.

Malah, katanya, MCA juga akan berbuat perkara sama kepada mana-mana UMNO bahagian lain di negeri ini yang turut bersekongkol dengan Ahmad.

''MCA berasa marah, tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan meminta maaf terhadap kata-katanya yang telah menyakitkan hati dan perasaan orang Cina di negara ini,"

Semakin banyak masalah yang dihadapi oleh BN dan khususnya UMNO. Dalam keadaan genting sekarang, masih ada orang yang hendak bergaduh sesama sendiri. Memang sejarah menunjukkan kaum cina dan india adalah pendatang tetapi itu ada sejarah lalu. Yang tidak dipatut diungkit kembali. Generasi yang lahir sekarang kebanyakkannya adalah generasi merdeka. Yang sah sebagai rakyat malaysia.

Datuk Ahmad Ismail inipun sengal. Yang dikeluarkan kenyataan begitu buat apa. Ditambah pula dengan media cina yang kurang faham bahasa malaysia. Kalau begini keadaannya, memang anwar boleh menjadi PM 16 hari bulan ini.

No comments: