Kecewa usahanya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meneruskan kehidupan, segelintir ibu tunggal dikatakan sanggup bernaung serta menerima bantuan daripada pihak gereja, biarpun menyedari tindakan itu mungkin perangkap untuk mereka meninggalkan Islam.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.
“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro. - Harian Metro
Aku malas nak cerita pasal serbuan JAIS tapi aku cerita pasal kenapa ada umat islam yang meminta tolong pada pihak gereja.
Dahulu aku pernah bangkitkan isu ini (klik sini).Sebenarnya masih ramai umat islam yang tak terbela di negara ini. Selama ini kita berbangga dengan jumlah kutipan zakat yang mencecah jutaan ringgit setahun. Tetapi berapa ramaikan umat islam yang miskin mendapat bahagian daripada wang zakat berkenaan?
Sebenarnya ramai umat islam dan golongan mualaf yang tidak dibantu atau terlepas pandang oleh pihak Baitulmal. Apabila mereka pergi kesana, mereka dilayan acuh tak acuh seolah olah wang zakat yang disimpan itu kepunyaan BAPAK pegawai kat Baitulmal. Malah kadang kadang dikenakan syarat yang langsung tidak munasabah.
Sejak awal kedatangan mubaligh Nasrani ke kepulauan melayu, cara mereka memikat hati supaya ramai orang masuk agama mereka adalah dengan cara kebajikan. Inilah yang mereka lakukan sejak beratus tahun lalu. Tetapi dimana pula kerja kebajikan yang dibuat oleh umat islam.
Ada pula kes dimana umat islam yang tidak sepatutnya menerima bantuan Baitulmal tetapi dapat pulak. Sehinggakan mereka menjadi malas dan malas berusaha. Dalam hal ini, pihak Baitulmal seharusnya melakukan semakan atau turun melihat sendiri sama ada mereka itu benar benar layak ataupun tidak untuk menerima bantuan.
Ada pula kes dimana umat islam yang tidak sepatutnya menerima bantuan Baitulmal tetapi dapat pulak. Sehinggakan mereka menjadi malas dan malas berusaha. Dalam hal ini, pihak Baitulmal seharusnya melakukan semakan atau turun melihat sendiri sama ada mereka itu benar benar layak ataupun tidak untuk menerima bantuan.
Klik sini untuk baca isu Baitulmal
Klik Sini Untuk Isu yang sama
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment