Geng Bas Sekolah

March 15, 2010

Minyak, Harga Barang Tak Naik..Ada Betul Ke?

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin oleh pihak-pihak tertentu bahawa harga minyak dan barang keperluan akan naik dalam masa terdekat ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi kerajaan tidak membuat pengumuman terutama berhubung harga minyak, ia adalah khabar angin semata-mata.

“Saya hendak beritahu kepada rakyat, selagi tidak ada pengumuman oleh kerajaan untuk sebarang kenaikan, ia hanya spekulasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengguna Kawasan Puchong dekat sini hari ini.

sumber : Utusan Online
Adeh betul ke semua ni tak naik? Oklah minyak memang kerajaan yang kawal harga tetapi harga barangan adakah kerajaan mampu mengawalnya? Sesungguhnya kerajaan tidak MAMPU mengawal harga barangan.



Peniaga akan tetap menaikkan harga barang kerana mereka tahu kerajaan tidak akan mampu memantau semua kedai, pasaraya didalam Malaysia ini.

Selama inipun harga barang tetap mahal juga. Aii kan bagus kalau harga barangan murah seperti tahun tahun 50 60 an.

5 comments:

hahah said...

dan alangkah bagusnya jika ramai pekedai terdiri dari orang2 melayu yang beragama ISLAM SEBENAR..

menjual barangan dgn ikhlas, kerana Allah taala, bukan hanya utk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari rakyat jelata.

berusaha lebih la sikit wahai orang2 melayu, jgn nak makan suap jer, sokong kerajaan, bangkang kerajaan, tp kalau hati tak tanam sikap berusaha sendiri.. mcmmana melayu nak maju???

saya sayang negaraku malaysia..

Anonymous said...

Tahun 50an dan 60 ke bro..

Masa tu gaji berapa ringgit?

Ala..semuanya berkait rapat,
Penduduk bertambah
Tanah berkurang
Rumah bertambah, penggunaan letrik bertambah, empangan janakuasa dok setara tu jugak...
Gaji bertambah
Barang naik harga..

Pendek kata. Kalau ikut peratusan antara harga barang & gaji kita, rasanya harga barang lebih kurang zaman 50an juga. Dulu gaji 50 ringgit, harga barang dalam 10 sen. sekarang gaji RM 1000 ringgit, harga barang RM 5 ringgit (sekadar contoh).

Tapi orang kita, kalau dah tahu poket nipis, jangan memandai nk pakai kereta mewah2. Ukur baju kt badan sendiri. Klau xpadan, jangan beli. Kalau dah terbeli, bulan2 pening kepala.

Gurau jer

Jeepers Creepers said...

hahah : melayu boleh maju sekiranya berdisplin, tak tamak dan tidak dengkin pada perniagaan orang lain.

anon : yang naik gaji bukan semua orang tetapi semua orang kena tempias harga barang naik.

itulah sepatutnya kenalah bersyukur dengan apa yang ada. tak perlu berbelanja mewah melebehi keperluan.

terima kasih diatas komen diberikan.

Anonymous said...

betul la tu. dulu dia cakap juga
" tahun ini kita tidak akan naikan
harga minyak" tapi dia tak cakap pulak tahun depan dia nak turun harga minyak.

Yang tentu barang tetap naik jugak.
Apa nak buat ikat perut la!.

Pertama belanja untuk sekolah anak
Kedua belanja untuk makan ala kadar la.
Ketiga baru belanja untuk pakaian, kalau tidak telajang pulak.

Jeepers Creepers said...

sebenarnya banyak benda dalam hidup kita yang sebenarnya kita tak perlu.

cuma sebab kita dah biasa hidup selesa,hidup senang jadi bila sesuatu benda tu tak ada, kita akan rasa susah.

cuba kita fikir semula apakah benda didalam hidup kita yang benar benar perlu saja.

masih ramai orang hidup miskin, tak ada harta benda tetapi masih hidup.