RAKYAT Malaysia sudah mula menolak parti PKR berikutan permainan dan helah Anuar didalam kes liwatnya. Rakyat dapat melihat dan menilai corak rentak permainan Anuar walaupun Anuar berusaha bersungguh sungguh untuk membersihkan mukanya dari palitan najis sendiri.
Huru hara yang berlaku semasa mesyuarat PKR Selangor juga menunjukkan kehancuran PKR dari dalam. Kegagalan Khalid Gagap mengawal anak buah serta dirinya sendiri menyebabkan rakyat Malaysia benci dan memandang hina kepada PKR. Bagi sebilangan besar rakyat Malaysia, PKR adalah najis berat yang patut disingkirkan dari arena politik tanahair.
AMK yang diketahui sebagai pendokong revolusi Anuar sedang berusaha merealisasikan impian Anuar untuk menjahanamkan orang melayu di Malaysia.
Salah satunya dengan mengadakan kempen boikot akhbar Utusan. Antara hujah daif yang digunapakai adalah Akhbar Utusan menyiarkan fitnah dan melaga lagakan hubungan kaum dinegara ini.
Kepala bapak kau akhbar Utusan siar fitnah dan memainkan sentimen perkauman. Yang paling besar, paling jelas sebarkan fitnah dan melaga kaum adalah akhbar harakahkahkah, suara keldaian dan beberapa akhbar cina.
Mereka juga bercita cita mahu mansuhkan akta mesin cetak dan penerbitan sekiranya menang PRU 13 nanti. Insyaallah PKR pasti akan tewas menjelang PRU 13 nanti.
Akhbar Utusan disokong oleh orang melayu. Jangan harap orang melayu akan biarkan musuh musuh negara memperkotak katikkan akhbar orang melayu. Sehingga ke titisan darah yang terakhir, orang melayu akan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Jelas mereka yang menolak dan membenci akhbar Utusan adalah mereka yang mengkhianati bangsa sendiri malah lebih teruk mereka juga mengkhianati mak ayah sendiri. Ini kerana mereka dilahirkan sebagai orang melayu dari perut orang melayu. Apabila benci kepada bangsa sendiri bermakna mereka juga membenci mak ayah sendiri.
No comments:
Post a Comment