Geng Bas Sekolah

July 3, 2015

PENJAWAT AWAM KUAT MAKAN RASUAH


Siasat semua penjawat awam di Cameron Highland. Mereka banyak melakukan kerosakkan di atas muka bumi ni. Dan mereka majoritinya berbangsa Melayu. Melayu dan rasuah berpisah tiada.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan di jabatan tertentu disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands.

Pegawai kerajaan itu disyaki adalah antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal memberikan hasil diharapkan.

Sumber berkata, SPRM akan membuat tangkapan susulan berhubung isu ketirisan di Cameron Highlands tidak lama lagi.

“Jika sebelum ini, kita menangkap pemberi rasuah tetapi selepas ini kita akan melakukan operasi sama memburu mereka yang menerima rasuah pula. Sesiapa sahaja termasuklah pegawai kerajaan dan orang tengah yang membantu melancarkan proses suapan akan kita tangkap.

“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun terhadap pihak yang mempunyai kuasa dalam kes pencerobohan tanah di situ,” kata sumber yang terlibat dalam siasatan rasuah di Cameron Highlands di sini hari ini.

Utusan Malaysia dalam siri laporan khasnya mendedahkan amalan rasuah didakwa menjadi punca tanah tinggi ini terus berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada penerokaan kebun haram mahupun kehadiran warga asing.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi jika terdapat sebarang unsur rasuah membabitkan pegawai kerajaan atau penguat kuasa dalam isu terbabit.

Ditanya tentang tangkapan terhadap 22 tauke ladang dari Cameron Highlands kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa, Azam berkata, maklumat daripada mereka yang ditahan cukup untuk membantu siasatan SPRM.

“Mereka yang ditangkap itu merupakan pemberi rasuah dan hasil siasatan lanjut kita telah mengenal pasti mereka yang menerima wang suapan. Tindakan selanjutnya akan dilakukan,” ujarnya. - SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Bukan semua penjawat awam rasuah. Hanya segelintir je. Itu hal peribadi mereka. x de siapa yg menggalakkan rasuah dan x de kena mengena dengan kerajaan.

Anonymous said...

Majority penjawat awam sokong pembangkang. Bayabgkan kalau pembangkang jadi pemerintah...hancur Malaysia jadinya....