Geng Bas Sekolah

July 6, 2015

MYTV HARAPAN RAKYAT MENOLAK ASTRO


Semua orang tahu betapa angkuhnya syarikat Astro apabila mengenakan bayaran yang keterlaluan ke atas rakyat, hanya kerana mahu menikmati siaran televisyen yang sempurna. Malah ramai juga merungut apabila pihak Astro menayangkan cerita lama yang berulang ulang, malah rancangan juga tergendala apabila dilanda hujan, walaupun rakyat membayar bayaran yang tinggi untuk mendapatkan kualiti yang terbaik.

Setelah mendengar keluh kesah rakyat, Kerajaan mula mengorak langkah dengan menyediakan Siaran Televisyen Digital atau Digital Terestrial Televisyen (DTT). Untuk itu, MYTV Broadcasting (MYTV), selaku pihak bertangungjawab membangun dan menguruskan infrastruktur itu, telah memasang alat pemancar atau 'transmitter' untuk siaran ujian di tiga tempat di pantai timur iaitu Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Bakar, Kelantan dan Bukit Pelindung.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheekmenjangkakan pada Januari depan, semua daerah di Pantai Timur ini mula menerima siaran daripada MYTV Broadcasting (MYTV).

"Kami menjangkakan pada Januari depan, semua daerah di Pantai Timur ini mula menerima siaran daripada MYTV Broadcasting (MYTV).

"Pemasangan set decoder di rumah-rumah yang terpilih telahpun dimulakan pada 17 Mei lalu dan ini merupakan sebahagian fasa ujian MYTV di daerah-daerah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pemasangan set dekoder siaran ujian MYTV di kediaman seorang daripada peserta siaran di Beserah, Kuantan

"Berdasarkan tinjauan tadi, saya amat berpuas hati kerana walaupun kualiti siaran adalah 'standard definition', namun ia hampir menyamai 'high definition' dan ini akan menjadi asas kepada siaran digital,”

Ahmad Shabery berkata kempen siaran ujian MYTV akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat sebelum ke utara dan selatan Semenanjung dan seterusnya berakhir di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.

Untuk peringkat percubaan ini, katanya sebanyak dua juta set dekoder percuma akan diedarkan di seluruh negara untuk diberikan kepada isi rumah yang terpilih.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk peserta menerima siaran ujian MYTV ini mereka mestilah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), e-Kasih, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tidak melanggan perkhidmatan tv berbayar, katanya.

Ahmad Shabery berkata buat masa kini sebanyak 40 penyiar telah menunjukkan minat terhadap platform yang disediakan oleh MYTV ini yang akan membolehkan pengguna menerima lebih banyak siaran percuma.

Setelah fasa ujian ini selesai menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan DTT secara rasmi akan bermula secara serentak di sehingga 85 peratus kawasan berpopulasi pada awal tahun

“Apabila perkhidmatan MYTV dilancarkan sepenuhnya tahun hadapan, para pengguna dan penonton bakal menikmati bukan sahaja siaran TV terrestrial percuma berkualiti digital, malahan mendapat pilihan lebih banyak tawaran saluran lain serta pelbagai pilihan perkhidmatan gaya hidup termasuk membeli-belah dan juga pendidikan secara dalam talian.” kata beliau. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan ada berani ker, Ananda tolong bayar hutang kerajaan 2 billion camne nak balas budi?