Geng Bas Sekolah

July 14, 2015

PAPAGOMO DIBURU POLIS


Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kepada individu yang terlibat dalam kes rusuhan di Plaza Low Yat semalam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, akta tersebut seharusnya digunakan terhadap lebih 200 individu yang berkumpul semalam berikutan keengganan mereka untuk bersurai walaupun telah diarahkan pasukan polis.

“Jika undang-undang tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya, saya yakin bahawa insiden rusuhan semalam tidak berlaku sehingga mengakibatkan rakan media cedera. Ini kerana mereka sudah berkumpul sejak pukul 8.30 malam dan polis hanya bertindak mengawal.

“Mereka tidak bersurai selepas diarahkan pihak polis sebaliknya bergerak ke Bukit Bintang dan sekitar pukul 11.50 malam berlaku pergaduhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penulis blog Papa Gomo menyerah diri berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial berhubung kejadian yang berlaku di Plaza Low Yat, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Papa Gomo dikatakan telah mengeluarkan kenyataan terbabit menerusi laman sosial Facebook serta akaun Twitter miliknya.

“Kita akan menahan Papa Gomo dalam masa terdekat sekiranya dia tidak datang serah diri,” katanya.

Khalid turut menegaskan kejadian tersebut membabitkan kes curi malah suspek juga dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis mahupun menunjukkan bukti resit pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan seperti yang dilaporkan di media sosial.

“Apa yang ditulis di media sosial semuanya ialah rekaan semata-mata,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama beliau memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana melepaskan seorang suspek yang terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit.

“Pada mulanya dua suspek ditahan kerana mencuri telefon bimbit namun pegawai itu melepaskan seorang daripada mereka atas budi bicaranya tanpa merujuk kepada pegawai atasan.

“Kita akan jalankan siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai itu,” jelasnya.

No comments: