Geng Bas Sekolah

July 22, 2015

PAS TAKUT KEMUNCULAN GERAKAN HARAPAN BARU


Kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) diminta segera keluar daripada Pas jika masih berhasrat membentuk sebuah parti politik baharu pada 14 September ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, para pemimpin berkenaan tidak perlu menunggu sehingga tertubuhnya parti politik baharu untuk meninggalkan Pas secara automatik ke- rana tindakan mereka pada ketika ini merupakan satu bentuk pengkhianatan.

Beliau turut mengingatkan pemimpin yang terlibat dengan GHB agar tidak menggunakan platform Pas untuk menarik ahli-ahli parti untuk menyertai mereka.

“Sejak dari dahulu lagi saya dah beritahu agar mereka semua letak jawatan segera dengan terhormat kerana kita masih lagi bersahabat walaupun mereka sudah keluar dari parti. Bagaimanapun, mereka masih tak buat (letak jawatan) sebab nak tunggu kita pecat sendiri agar mereka dapat menyalahkan parti.

“Kita juga mengingatkan mereka agar kempen keahlian parti baharu itu nanti dibuka kepada orang lain di luar Pas dan jangan sesekali tarik ahli Pas menyertai parti itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang mengesahkan semua pemimpin Pas yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, keahlian pemimpin-pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB akan terbatal sekiranya parti politik baharu itu berjaya dibentuk pada September ini.

“Buat masa ini pergerakan tersebut hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kita masih tidak boleh pecat mereka. Bagaimanapun, secara automatik keahlian mereka akan gugur dengan pembentukan parti itu nanti,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengingatkan pemimpin Pas yang terlibat dengan GHB agar tidak mengganggu hal ehwal dalaman parti itu lagi.

“Terpulang kepada mereka bila nak tubuhkan parti baharu kerana itu hak mereka. Cuma, apa yang kita harapkan agar mereka tidak ganggu Pas dari dalam,” katanya. - SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Betulkah PAS memperjuangkan Islam? Betulkah UMNO tidak memperjuangkan Islam? kala betul mana satu lebih kedepan dalam memperjuangkan Islam?

Anonymous said...

Pemimpin PAS kalau nak selamat mereka harus mengingatkan pemimpin yang ada supaya sentiasa ikut sunnah dan al Quran. Sikap yang sudah basi seperti PAS wujud untuk berjuang bagi membunuh UMNO mesti di buang terus ke longkang sebab kata-kata itu mampu untuk membuat pengundi atas pagar seperti kami jadi mual dan loya sebab kata-kata keramat itu hanya menampakkan kejangkalan dan kebodohan tidak terhingga diri sendiri. Alasan kami sekiranya PAS mewakili Islam tidak kah sikap lama dan bodoh itu mencerminkan PAS menolak silahturahim sesama Muslim? Tidak yakinkah tuan-tuan bahawa Rasulullah sudah beri amaran bahawa syurga adalah haram bagi mereka yang memutuskan silaturahim?

Kalau nak cari musuh juga cuba cari mereka yang sanggup untuk menjual ugama demi untuk mendapat kuasa politik. Cari mereka yang sanggup untuk menyokong gereja dan DAP untuk mensyirikkan kalimah ALLAH demi untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Cari wakil rakyat yang sentiasa mencari kesalahan orang lain dan belum pun mula buat kerja-kerja yang boleh mendatangkan manafaat buat negara dan rakyat semua.

Nak cari musuh ugama Islam? Senang sangat, mereka adalah pemimpin DAP dan mereka yang seangkatan dengan mereka walaupun bangsa mereka Melayu dan mereka walaupun pemimpin politik tetapi cukup takut dan gerun dengan pemimpin DAP. Beritahu ini semua dengan orang kampung yang taksub dengan PAS supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan nasihat yang mengelirukan dari musuh Islam yang sebenar nanti. Tinggalkan semua sikap berdendam sesama ugama dan bangsa Insyallah PAS tak perlu kuatir dengan parti yang bakal Mat Sabu tubuhkan.

Perkara yang paling digeruni olih musuh Islam adalah apabila umat Melayu sudah mahu untuk bersatu diatas hal-hal yang melibat kepentingan bersama seperti ugama Islam dan mampu untuk berfikir secara waras dan lebih takut dengan Allah berbanding takut dengan pemimpin bukan Islam.