Mula mula aku buat blog ini dahulu, adalah untuk mempertahankan kepimpinan PakLah dan BN semasa Pilihan Raya 2008. Masa itu, Pakatan Syaitan memang tengah menggila dalam alam maya. Muncul pelbagai blog politik waktu itu. Pejuang siber UMNO pula baru nak bermula. Itupun ada yang kecil hati apabila seorang Menteri UMNO (dah tergolek pun selepas PRU 2008) menggelarkan mereka sebagai goblok.
Kegagalan PakLah mempertahankan kerusi BN selepas PRU 2008 membuatkan Tun Mahathir memulakan gerakan menurunkan PakLah. Waktu itu aku tak masuk campur dalam gerakan Tun walaupun aku juga bersetuju PakLah berundur. Sebab tindakan PakLah yang gagal mendengar suara hati rakyat terutama apabila dia menaikkan harga minyak secara mendadak. Waktu itu, rata rata dah tawar hati dengan kepimpinan PakLah.
Akhirnya PakLah berundur selepas didesak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najib pula dinaikkan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sewaktu Najib menjadi PM, ramai menaruh harapan kepada beliau. Tetapi sekali lagi harapan rakyat berkecai.
Slogan 1Malaysia telah menjadi duri dalam daging. Pembaziran duit dibuat oleh penasihat keliling beliau serta sikap isterinya menjadi bualan rakyat. Sedikit demi sedikit Najib membawa UMNO kepada kehancuran. Untuk PRU13, sekali lagi BN dihentam teruk. Jumlah kerusi semakin menurun walaupun ada sedikit peningkatan kerusi dimenangi oleh UMNO. Namun kemenangan kerusi UMNO bukan disebabkan sokongan kepada Najib sebaliknya kerana orang Melayu nampak keburukkan yang boleh berlaku kepada orang Melayu jika Pakatan Syaitan berkuasa. Pengaruh DAP terlalu kuat sehingga kaum PAS menjadi hamba kepada mereka.
Untuk PRU akan datang, aku tak pastilah bagaimana sokongan orang Melayu. Apatahlagi dengan kenaikan harga barang, GST dan masalah 1MDB. Walaupun akhir akhir ini Najib sudah cuba untuk berubah, tetapi aku rasa itu seakan akan dibuat. Dibuat kerana mengikut nasihat konsultan, bukan kerana kemahuan sendiri.
Kadang kadang aku kesian tengok Najib. Dia dikelilingi oleh penasihat penasihat kuat makan duit. Dan juga menyimpan Menteri Menteri yang tahap cap ayam. Yang sepatutnya dibuang lama dah. Hanya sebab Tun Mahathir menegur dan mendedahkan kelemahan 1MDB, Najib dan penasihat dia melatah. Sampai menyerang dan memburukkan Tun Mahathir. Perbuatan ini bukannya menguatkan keyakinan rakyat kepada Najib sebaliknya lebih mendatangkan perasaan kebencian rakyat.
Bagaimana nasib Najib selepas ini, akupun tak tahulah. Terlalu banyak kesilapan yang dah dilakukan. Sampai kejatuhan ringgit juga dituduh salah Tun. Siapa Menteri Kewangan sebenarnya ? Tun Mahathir atau Najib ?(Klik Sini)
Sekarang masalah dalaman MIC yang sudah lama berlarutan. Palanivel langsung tidak menghormati Najib selaku presiden BN. Jika presiden MIC juga tidak endahkan Najib, bagaimana pula keyakinan dan sokongan rakyat pada Najib ? (Klik Sini)
Sendiri fikirlah.
2 comments:
assalam& salam 1 Malaysia. kata ust kaizm: JADILAH LEBAH YG MENCARI & MEMBERI KAN KEBAIKAN KPD MANUSIA, BUKAN MENJADI LIPAS YG MENCARI & MEMBERI PENYAKIT..BEGITU JUGA KEHENDAK FIKRAH AHLUS SUNNAH. Adakah anda yakin dgn aqidah & fikrah ahlu puak2 PR utk jaga agama Islam, kemuliaan bangsa melayu, kedaulatan Tanah melayu dll kepentingan bumiputera..seburuk2 UMNO maka buruk lagi mereka PR dgn apa yg telah berlaku..kalau yg nak menggantikn UMNO itu MALAIKAT aku setuju.
Masa TDM dulu kejatuhan ringgit lebih teruk sehingga lebih rm4 berbanding USD. Masa TDM tambat tu pada rm3.80/USD. Serentak itu faedah bank meningkat dengan drastik, menyebabkan ramai peminjam gagal melangsaikan hutang dan jatuh muflis. Sekarang walaupun jatuh, nilai rm masih belum sampai ketahap rm3.80. Itu pun kadang2 masih ada kalanya naik walaupun sedikit. Bermakna sekarang ni masih lebih baik dari masa TDM.
Post a Comment