Geng Bas Sekolah

April 21, 2015

PEMIMPIN PAS AKUI DAP LEBIH BAIK DARI MEREKA #PRKROMPIN


Semalam Tok Awang ke bandar Satelit Muadzam untuk mendengar pengumuman calon dalam majlis Ceramah Peingistaharan Calon PRK P091 Rompin.

Tok Awang tidak bila setiap peluang berjumpa masyarakat Pas akan mengisikannya dengan ceramah-ceramah panjang lebar hatta majlis berkenaan hanyalah untuk memperkenalkan calon yang akan mereka tandingkan dalam pilihanraya nanti.

Tidak hairan juga apabila setiap ceramah mereka akan menghentam kerajaan dalam setiap patah kata yang mereka keluarkan menjadikan tidak ada apa satupun yang kerajaan telah lakukan selama berpuluh tahun ini ada sebarang kebaikan, segalanya buruk belaka pada pandangan  mereka.

Calon yang diumumkan adalah seorang anak muda yang membesar dalam limpahan rezeki pemerintahan kerajaan BN mencerca dan mengatakan kerajaan sekarang adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Namun dalam masa sama beliau sendiri berkerja dengan Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah yang dibina oleh kerajaan yang dikatakan zalim itu.

Benar bahawa rezeki itu dari Allah, namun Allah memberikan rezekinya melalui jalan-jalan yang diredhainya. Patutlah kita bersyukur dengan rezeki Allah itu dan berterima kasih kepada yang memlaluinya kita mendapat rezeki dan nikmat Allah.

Ketika Pas kehilangan wakil rakyatnya di Dun Cempaka, UMNO memutuskan untuk tidak bertanding atas rasa hormat kepada jasa dan pengorbanan Nik Aziz selama beliau mewakili rakyat dikawasan berkenaan tanpa ada sebarang rasa tamak dan rakus ingin merampas kerusi tersebut, namun apabila Allah memberikan Pas peluang untuk membalas budi dan jasa yang BN lakukan, mereka telah lupa pada segalanya.

UMNO sentiasa mengajak Pas untuk bersatu demi perpaduan ummah, demi Islam sebagaimana yang dituntut oleh agama, namun Pas sentiasa mengelak dan mencari perbalahan dengan menylahkan UMNO bahkan mengkafirkan. Mereka tidak teragak-agak menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri dan mengajak rakyat bermungkar bersama mereka atas nama perjuangan dan atas nama Islam.

Dalam majlis berkenaan semalam, Tok Awang tidak nampak dimana Haji Hadi Presiden Pas dan dimanakah wakil kepada DAP sekutu kafir harbi mereka. Kemanakah menghilangnya Dato' Fauzi pemimpin tertinggi PKR Negeri Pahang serta dimana menyoroknya YB Fuziah yang selalunya mengetuai tunjuk-tunjuk perasaan.

Ketika Tok Awang memandu pulang dalam kegelapan malam semalam, tok tak nampak apa-apa selain sedikit bayangan dari cahaya bulan yang tidak ada... Tok nampak ada bahtera yang sudah retak dan hampir pecah dan akan tenggelam. Tok nampak BN akan capai kemenangan yang lebih besar. Tok nampak orang-orang rancang Felda yang berasal usul dari negeri-negeri luar Pahang yang dibawa masuk mensyukuri rahmat yang Allah berikan dan tetap menyokong kerajaan. Bagaimanapun, jentera BN mesti teruskan kerja kuat tanpa jemu dan putus asa.

Tok Awang teringat pada satu kenyataan Tuan Ibrahim sebelum ini, Pas bertanding bukan untuk menang (kerana mereka juga sedar mereka tidak mampu menang), jadi sia-sialah usaha jentera parti yang datang dari luar dan bekerja namun untuk usaha yang sia-sia. Kesian mereka dipemainkan.

Satu undi untuk Pas, selangkah DAP mara ke Putrajaya.

Tok Awang Selampit. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Dua-dua sama bagi muka kat Cina.