Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

April 20, 2015

LEBIH BANYAK RUMAH PR1MA DIBINA DI PAHANG


Lebih 300 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedang dibina di daerah ini sehingga 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, rakyat yang berpendapatan bawah RM5,000 mampu memiliki rumah yang berharga RM150,000 seunit itu.

“Memandangkan ramai antara mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 tidak mampu membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin tinggi, malah ada yang terpaksa menyewa walaupun sudah berkeluarga, kerajaan mengambil inisiatif menyediakan PR1MA bagi membantu golongan ini dalam usaha memperbaiki dan menaik taraf kehidupan rakyat,” katanya.


Beliau yang juga Adun Guai berkata, bagaimanapun permohonan PR1MA harus menepati beberapa syarat seperti memberi keutamaan kepada pemohon yang berumur 40 tahun ke bawah dan telah bermastautin di negeri Pahang secara terus selama tidak kurang lima tahun.

Katanya, bagi mereka yang memenuhi syarat itu boleh membuat permohonan melalui Bahagian perumahan Pejabat SUK Pahang atau Pejabat Daerah sama ada dengan mengisi borang permohonan atau secara atas talian http://eperumahan.pahang.gov.my.

“Bumiputera perlu mengambil kesempatan ini supaya mampu memiliki rumah sendiri sebelum usia 40 tahun.

“Permohonan masih lagi terbuka tetapi setiap permohonan yang dibuat akan melalui prosedur yang ditetapkan,” katanya. - SUMBER

No comments: