UMNO dipenuhi orang gila kuasa dan tamak haloba. Contohnya si mamat bernama Ahmad Lebai Sudin ni. Bapak biadap. Dia ingat UMNO sekarang ni power sangat agaknya. Dia tak sedar ke, betapa ramai umat manusia dah anti UMNO sekarang. Tindak tanduk Menteri Menteri UMNO dah cukup memualkan rakyat. Dia ni ingat suruh Mukhriz berhenti, dia boleh jadi MB Kedah ? Silap silap tergolek lagi UMNO kat Kedah tu.
Mukhriz tu dah cukup baik, dia cakap dia tunggu siasatan yang dibuat terhadap 1MDB. Pendirian Mukhriz tu sama lah dengan Najib. Dia pun tak cakap dia anti Najib. Najibpun tak cakap apa apa pasal Mukhriz, tapi sekarang Adun gila kuasa ni melebih lebih pulak.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir harus meletakkan jawatannya sekiranya tidak dapat menyatakan pendiriannya tentang sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ini adalah pendapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang memberitahu SuaraTV bahawa Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional dan sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, lebih baik beliau meletakkan jawatannya.
Ahmad Lebai ditemuramah oleh Suara TV selepas perjumpaan tergempar pemimpin UMNO Kedah hari ini, di mana Mukhriz dikatakan berbeza pendapat dengan mereka yang hadir.
Mukhriz dilaporkan berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Ahmad Lebai berkata 1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Najib.
Beliau turut berkata kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh mereka yang hadir di perjumpaan tersebut, termasuk Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom.
“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”
“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan,” katanya kepada SuaraTV.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan