Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.
Ia menyatakan Perdana Menteri telah memberitahu Kabinet mengenai langkah itu.
“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.
Kenyataan itu menerangkan perdana menteri hari ini memanggil 1MDB dan juruaudit mereka, Deloitte menghadap Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.
Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan,” kata kenyataan itu.
Walaupun demikian, ia mengambil perhatian bahawa kerajaan telah meminta Ketua Audit Negara memeriksa akaun 1MDB sebagai langkah lanjutan.
Ia berkata, 1MDB telah memberi taklimat mengenai situasi semasanya dan menjawab siri pertanyaan dikemukakan oleh menteri-menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Deloitte katanya, memberi keterangan menyeluruh tentang urusan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.
“Kabinet diberitahu bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.
“Pelaburan relevan 1MDB telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan signifikan yang tersedia diaudit,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda berkata, adalah jelas semua serangan yang ditujukan kepada 1MDB hanya bermotif politik dan sengaja dibuat sebagai percubaan untuk melemahkan syarikat dengan menyebarkan dakwaan tidak berasas dan lebih bersifat spekulasi yang seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi.
“Sehubungan itu, 1MDB amat mengalu-alukan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Ketua Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB, yang mana sebelum ini telah diaudit oleh Deloitte yang juga satu daripada firma terkemuka dunia.
“Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Audit Negara dan berharap hasil penemuannya dapat menjawab segala spekulasi yang ditimbulkan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

No comments:
Post a Comment