Masalah utama yang menggugat keselamatan Malaysia bukanlah ancaman dari luar sebaliknya sikap tamak mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan negara. Misalnya isu Lahad Datu, walaupun pengganas Sulu tidak dapat memasuki sempadan Sabah di Lahad Datu tetapi aktiviti penyeludupan masih lagi berlaku. Malah ini disahkan oleh seorang kenalan aku yang bertugas sebagai tentera di sana. Dia kata, yang buat kerja haram ini adalah geng geng polis sana. Mereka dibayar penyeludup Sulu untuk membenarkan barang seludup seperti rokok dibawa masuk ke Sabah. Malah anggota polis tempatan disana hampir semuanya mempunyai hubungan persaudaraan dengan Sulu Filipina. Jadi masalah ini sampai bilapun tidak akan selesai.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan mereka bukan menyasarkan satu agensi penguat kuasa sahaja dalam melaksanakan Op Licin 2.
Ini dibuktikan dengan penahanan 14 individu lagi termasuk anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana dipercayai bersubahat dalam kes penyeludupan dan penjualan petrol ke negara jiran.
Mereka yang ditahan terdiri daripada lima anggota KPDNKK, tiga pegawai JKDM dan dua Pasukan Gerakan Am (PGA) serta seorang anggota tugas am Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut ditahan dua pesara tentera dan seorang bekas pegawai KPDNKK dalam Op Licin 2 di Kedah dan Perak.
Kesemua individu berusia dalam lingkungan 30-an sehingga 50-an itu ditahan di pejabat KPDNKK Anak Bukit dan Kubang Pasu di Jitra, Kedah sebelum dibawa ke pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 9.30 pagi sehingga 7 malam.
Utusan Malaysia difahamkan, kesemua mereka yang masih dan pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam serta Kota Putra, Durian Burung terlibat dengan kegiatan penyeludupan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, mereka juga didapati tidak melakukan prosedur standard operasi (SOP) agensi masing-masing sehingga menyebabkan urusan jual beli petrol ‘dipermudahkan’ oleh sindiket.
Katanya, terdapat pelbagai cara dikesan penguat kuasa tersebut bagi mendapatkan habuan masing-masing.
“Ada daripada mereka menerima wang secara tunai dan ada juga yang menerima wang suapan secara bulanan. Op Licin 2 yang dijalankan oleh SPRM ini akan dibuat secara berterusan sehingga kegiatan berkenaan dibanteras habis-habisan,” katanya di sini.
Ujarnya, ketiga-ketiga pesara yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa pula disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Semalam, seramai 11 orang ditahan agensi itu, sembilan daripadanya merupakan anggota polis dan dua adalah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Serbuan yang dijalankan sejak Isnin lalu, menjadikan seramai 36 orang telah ditahan termasuk anggota penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).
No comments:
Post a Comment