DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.
“DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya.
“Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah.
“Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang namun kami akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan kami nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat tergempar CEC malam tadi diadakan bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Pas meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, partinya tetap berkeras menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan.
“Pengundi yang menyokong Pas dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah Pas,” tegasnya.
Dalam pada itu, ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini, Guan Eng turut mendesak Abdul Hadi meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen.
Menurut Guan Eng, sekiranya Abdul Hadi masih berdegil untuk meneruskannya, beliau harus melaksanakannya di atas kapasiti peribadi sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota pakatan pembangkang.

2 comments:
jangan terpedaya dengan wayang pakatan ini
PAS has no eggs. Noktah.
Post a Comment