Geng Bas Sekolah

February 23, 2015

SPRM MAHU KUASA LANTIK PEGAWAI SENDIRI


SPRM sedang meminta sokongan dari puak PR untuk meminda Perlembagaan supaya mereka bebas melantik pegawai sendiri. Sebab sekarang ni, pegawai SPRM adalah dilantik oleh JPA. Aku rasa kaum PR akan sokong sebab lepas ni SPRM bolehlah bebas siasat orang UMNO. Dan tak mustahil juga nanti pegawai SPRM nanti adalah penyokong PR. Masa tu, habislah geng geng UMNO ni. Panaslah bontot masing masing. Apapun aku memang setuju. Kalau nak siasat, siasat semua sekali sampai Menteri Menteri ni. Ini orang bawah kena tetapi orang besar besar semua bebas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang bagi mendapatkan sokongan untuk mewujudkan peruntukan baharu iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, sokongan Ahli Parlimen pembangkang amat diperlukan ketika rang undang-undang mengenainya dibentangkan di Parlimen dijangka dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, cadangan untuk mewujudkan peruntukan baharu termasuk mengenai aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya itu memerlukan pindaan Perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga daripada Ahli Parlimen.

“Suruhanjaya ini perlu diwujudkan memandangkan pada masa sekarang Pegawai SPRM dilantik oleh Suru­hanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kalau hendak jadi badan bebas, kita sepatutnya melantik pegawai kita sendiri.

“Hendak masukkan peruntukan baharu ini kena pinda Perlembagaan, hendak pinda Perlembagaan perlu dapat dua pertiga sokongan majoriti. Oleh sebab itu kita kena jelaskan kepada parti-parti pembangkang terutama supaya dapat bersama-sama menyokong pindaan ini,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Bagus juga cadangan tu..bila ada kuasa nanti bolih siasat semua...tapi jangan lah pulak yg kena siasat cuma orang orang MELAYU saja..Towkey towkey cina..mana mana yg kaya dan raya terlepas...sekarang pun dah jadi..IKAN IKAN BILIS saja..Melayu pulak tu..Berapa banyak kes yg rakyat pernah dengar tangkapan melibatkan CINA CINA dan INDIA yg kaya..SPRM bolih jawab ke???