Isu pusat judi masih lagi berpanjangan. Walaupun pihak polis sudah melakukan serbuan untuk membanteras kegiatan ini, tetapi tauke tauke judi ini dilihat kebal. Mereka terus beroperasi walaupun sudah diserbu beberapa kali.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) jangan pandai keluarkan lesen sahaja.”
Itu peringatan sinis Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh kepada PBT di seluruh negara sewaktu diminta reaksinya berhubung isu mesin judi haram yang tidak berkesudahan sejak sekian lama.
Seakan-akan meluahkan kekecewaan, Mohmad Salleh berkata, tugas untuk membanteras kegiatan tidak bermoral itu hakikatnya tidak dipikul oleh polis semata-mata seperti anggapan banyak pihak.
“Saya tahu lesen itu mustahak untuk PBT mendapatkan cukai. Tetapi dalam masa sama, PBT perlu juga berperanan untuk memeriksa dan menyerbu lokasi yang menjalankan kegiatan itu kerana mereka sendiri ada penguat kuasa.
“Saya fikir kalau kami (polis dan PBT) bekerjasama dengan lebih baik serta bertukar-tukar maklumat, insya-Allah perkara ini dapat dihapuskan 100 peratus. Dan saya juga percaya, jika pusat hiburan keluarga tidak diberikan lesen, masalah ini dapat diselesaikan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.
Utusan Malaysia dalam laporan khasnya sebelum ini mendedahkan kegiatan mesin judi haram sudah kembali beroperasi di beberapa negeri sehingga menampakkan seolah-olah pengusahanya tidak gentar dengan ‘perang’ yang diisytiharkan polis sejak Oktober lalu.
Ditanya berhubung dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kewujudan tangan ghaib serta komplot mengenai kegiatan itu, Mohmad ‘menjemput’ mana-mana pihak yang mempunyai pengetahuan dalam perkara itu supaya bertemunya sendiri bagi menyampaikan maklumat.
“Tentang tangan ghaib itu, saya tak tahulah. Tetapi kalau sesiapa yang tahu mengenainya, datang kepada kami dan beritahu siapa mereka agar kami boleh ambil tindakan. Tidak guna kita tuding jari secara umum, susah hendak buat kerja. “Kalau rasa maklumat itu akan bocor, boleh datang terus kepada saya atau Timbalan (Mazlan Mansor). Tak kira sama ada orang media atau sesiapa saja, datang saja kepada kami dan ceritakan secara spesifik siapa orangnya untuk kami siasat,” katanya. - SUMBER

No comments:
Post a Comment