Geng Bas Sekolah

February 2, 2015

EKONOMI NEGARA TIDAK SEBURUK YANG DIFIKIR


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Palimen Gua Musang, bagaimanapun menafikan bahawa masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar.

Beliau berkata, rakyat perlu faham apa yang berlaku serta tidak mudah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan, sambil menjelaskan tekanan ekonomi itu tidak banyak menjejaskan pasaran komuniti seperti sawit dan getah.

“Harga sawit masih berada pada tahap yang stabil kerana pasaran utama sawit negara kita adalah ke China dan India,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyampaian Sumbangan Tunai dan Barangan Elektrik kepada mangsa banjir warga Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan, Mohd. Norfazly Mohd. Daud.

Tengku Razaleigh berkata, industri sawit di negara ini hanya mempunyai persaingan utama dengan pengeluaran sawit di Indonesia, namun ia tidak menghalang pasaran ke negara luar.

Katanya, negara luar mengimport minyak kerana mudah dan boleh digunakan untuk semua keperluan.

“(Bagaimanapun) minyak mentah kita dijual pada harga mahal, sebaliknya kita pula mengimport minyak dari negara luar pada harga murah bagi memperoleh keuntungan.

“Kita faham mengenai teguran rakyat berhubung perkara itu kerana mereka mungkin tidak tahu perkara sebenar yang dilakukan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Sokonglah lagi bee end. Bodeklah lagi be end.

RM50 kejap je habis belanja sehari.

Esok lusa boleh jadi RM100 pun mcm tu jugak.

Ekonomi negara tidak seburuk...

Melayu makin miskin. Kroni makin kaya.