Geng Bas Sekolah

December 24, 2014

PT3 - SATU REVOLUSI


Sejak keputusan PT3 dikeluarkan, ramai ibubapa yang mengelepar apabila anak mereka yang kononnya dikatakan cerdik pandai tidak mendapat A. Malah ada sekolah yang bajet bagus semuanya merosot. Sebaliknya sekolah kampung dan pelajar kampung yang dipandang rendah oleh mereka yang cerdik pandai telah menunjukkan keputusan yang menggalakkan.

Selama ini pelajar disogokkan dengan ilmu teori semata mata. Malah mereka ditanam sifat assobiyah terhadap keputusan cemerlang. Jika mereka tidak mendapat A dalam peperiksaan, mereka dianggap pelajar yang bodoh tahap gaban.

Gejala sindrom A dalam peperiksaan dimulakan oleh seorang pelajar bernama Amalina. Dia dikatakan mendapat 20A dalam SPM dan seterusnya mencipta fenomena sindrom A dikalangan ibubapa pelajar. Sejak itu ibubapa dan para guru mula menekan para pelajar supaya mereka mendapat A didalam peperiksaan semata mata nak menjaga nama dan imej.

PT3 pula adalah sistem berlainan. Ianya bukan mengajar para pelajar supaya menjadi zombi dengan menghafal semata mata sebaliknya mengajar para pelajar supaya berfikir dengan kepala otak sendiri. Pelajar juga dinilai bukan melalui akademik semata mata malah turut melalui latihan aktiviti jasmani dan sukan.

Para pelajar dan ibu bapa perlu mempertimbangkan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) secara menyeluruh supaya pentaksiran tersebut boleh dijadikan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan seterusnya.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan PT3 akan diambil kira bersama Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Sekolah (PS) bagi menentukan aliran yang akan diambil oleh pelajar.

Beliau berkata, selepas ini iaitu dengan berdasarkan keputusan PT3, ibu bapa dan pelajar perlu menentukan sama ada mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera, sains atau latihan teknikal dan vokasional.

"PT3, PPsi, PAJSK dan PS secara bersama membentuk komponen utama sekolah berasaskan pendekatan penilaian yang membolehkan kita memahami dan menghargai dengan lebih baik potensi dan keperluan anak-anak kita. - SUMBER

Jika pelajar rasa keputusan PT3 tidak memuaskan, fokuslah pada SPM. SPM lebih penting daripada UPSR atau PMR. Bukan nak merendahkan pelajar yang cemerlang. Tapi pengalaman aku sendiri, melihat ramai rakan rakan sekolah dulu yang tidaklah sebagusmana keputusan SPM, tetapi sekarang sudahpun berjaya dalam hidup.

Untuk berjaya dalam hidup, bukan terletak keputusan peperiksaan didalam kertas sebaliknya bergantung kepada kerajinan, bijak mencari peluang dan pengalaman hidup. Malah aku amat galakkan pelajar mengambil kursus kemahiran sebab itu lebih memberi peluang pekerjaan berbanding belajar teori semata mata.

Setakat ramai pelajar mendapat A dalam peperiksaan, itu hanya kuantiti, bukanlah kualiti. Negara memerlukan generasi muda yang berkualiti, yang boleh berfikir dengan waras, yang mampu membuat keputusan tepat. Yang mempunyai kemahiran khusus. Bukannya zombi yang bergantung kepada ilmu teori didalam buku teks semata mata.

Buat para guru, didiklah pelajar supaya berfikir kreatif. Bukannya mengajar semata mata. Jika hanya mengajar sahaja, tak ubah seperti pakcik Anwar yang hanya pandai berkata kata retorik sedangkan dia langsung tidak menjalankan tanggungjawab kepada rakyat yang mengundinya dahulu.

No comments: